in

Pegawai Polis Terkejut, Jumpa Mesej Berbaur S*ksual Dalam Telefon Bimbit Anak Perempuan 14 Tahun

terkejut lihat telefon anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tularnya pendedahan mengenai peningkatan jenayah seksual di Kelantan, seorang bapa yang juga pegawai polis telah terdetik untuk memeriksa telefon pintar milik anaknya.

Pegawai polis itu walau bagaimanapun terkejut apabila menjumpai mesej berbaur seksual anak perempuannya berusia 14 tahun bersama remaja lelaki.


Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat yang turut mengesahkan laporan polis dibuat bapa remaja terbabit.

IMG 0125 1744805040

Pemeriksaan di dalam telefon menjumpai mesej berbaur seksual anak perempuannya bersama seorang remaja lelaki.

“Selepas pendedahan itu (mengenai kes rogol) pada minggu lalu, pegawai polis itu terus membuat semakan dalam telefon anaknya.

“Dia terkejut melihat mesej (berbaur seksual) anak perempuannya dengan seorang lelaki. Pegawai polis itu terus membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Artikel berkaitan: Jurusolek Mengaku Tidak Bersalah Buat Gangguan Seksual Terhadap Pelakon Tanpa Rela

Artikel berkaitan: Budak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah, Jadi Mangsa Seksual Abang Kandung

Menurut Mohd Yusof lagi, pendedahan dibuat itu adalah untuk memberi kesedaran kepada ramai pihak termasuk ibu bapa, remaja dan masyarakat supaya tampil membuat laporan polis sekiranya mengesan berlaku kejadian rogol atau perlakuan seksual.

Selepas pendedahan itu, lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.

Harap ibu bapa selepas ini keraplah pantau telefon bimbit anak-anak. 

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.