in

“Pecah rekod!” – ‘Influencer’ Singapura Bayar RM300 Untuk Nasi Kandar Di Pulau Pinang

Syaz Ft 2024 06 27T155934.857

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi kandar merupakan antara comfort food rakyat Malaysia, namun tidak dapat dinafikan harganya boleh jadi sangat mahal.

Dalam laporan New Straits Times, seorang influencer dari Singapura berjaya memecah rekod sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang dengan menghabiskan RM 300 untuk sepinggan nasi kandar.


Artikel berkaitan: “Menu paling rare!” –  Pelajar Hidang Nasi Kandar Bungkus Dalam Kelas Sempena Jamuan Hari Guru

Artikel berkaitan: Kedai Nasi Kandar Di Bangsar Rentung, Mangsa Melecur 80% Dalam Kebakaran

Restoran Nasi Kandar Sulaiman berkongsi rekod baharu itu dalam media sosial, sebelum ini rekod itu dipegang oleh seorang individu tempatan yang membelanjakan RM 218 untuk hidangan tersebut.

“Dia memang seorang influencer tiktok buat video makan banyak-banyak, siap bawa talam lagi.

Nama tiktok dia Zermatt Neo. Kali ini dia mai NKS makan nasi kandaq sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS,” tulisnya di Facebook.

Posting itu juga disertakan dengan beberapa gambar dan video yang memaparkan Zermatt Neo mengambil masa dua jam untuk menghabiskan hidangan mega itu.

Setakat artikel ini ditulis, posting itu sudah mendapat lebih 1K komen serta lebih 1.5K shares di Facebook.

Fuh, tengok lauk dia tu memang berbaloi lah harga gitu!

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.