in

“Pecah masuk ikut bumbung” – Tiga Pelajar Sekolah Samun Warga Asing, Siap Rakam Lagi!

Samun Warg Asing

Sejak semalam, tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang pelajar sekolah bertindak menyamun seorang warga asing di rumahnya.

Menurut laporan Astro AWANI, kejadian itu difahamkan berlaku di Cheras, Kuala Lumpur dan tiga pelajar sekolah menengah itu telah pun ditahan selepas disyaki melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Artikel berkaitan: Gertak & Samun Remaja Dalam Lif, Lelaki Bertopi Keledar Dicekup Polis

Artikel berkaitan: Warga Emas Maut Dijerut Dengan Kain Pelikat Lepas Disamun, 2 Lelaki Ditahan

Difahamkan, kumpulan pelajar sekolah itu telah melakukan jenayah tersebut sebanyak empat kali, dalam video yang tular itu dapat dilihat sekumpulan pelajar itu memecah masuk rumah warga asing berkenaan dengan memanjat bumbung rumah tersebut.

“Mereka kemudiannya mengacukan pisau ke leher mangsa dan meminta wang sekiranya tidak mahu dicederakan.

Salah seorang suspek juga turut merakam perbuatan mereka itu sambil memaparkan wajah mangsa dalam keadaan ketakutan dan memohon untuk dilepaskan,” kata satu sumber.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, ketiga-tiga pelajar itu ditahan berasingan di sekitar Cheras, mereka ditahan selepas menerima maklumat kira-kira pukul 2 pagi, pada Rabu lalu.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang mengalami kerugian RM500 itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut Ridzuan, ketiga-tiga pelajar itu ditahan reman lima hari bermula Rabu dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Suspek juga boleh dikenakan sebat dan jika bersenjata hendaklah dikenakan sebat selain hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen lain jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro AWANI