in

“Pecah cermin sebab letupan” – [VIDEO] Situasi Cemas Wanita Ditolak Masuk ‘Labor Room’ Hospital Beirut Untuk Beranak

Beranak Beirut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang menunggu detik untuk melahirkan cahaya mata di hospital dikejutkan dengan letupan besar dari pelabuhan Beirut. Menurut CBS News, ketika itu Emmanuelle Khnaisser sedang ditolak masuk ke dalam ‘labor room’ oleh doktor dan jururawat pada Selasa lalu.


Namun tiba-tiba letupan di pelabuhan Beirut berlaku dan impaknya yang kuat itu telah memecahkan cermin kaca di hospital. Suaminya, Edmound ketika itu merakamkan video yang menunjukkan tingkap hospital pecah berkecai sebaik saja isteri ditolak masuk ke dalam labor room.

George4

George2

Sebelum letupan itu berlaku, beberapa jururawat di dalam bilik berkenaan dilihat sedang bersiap sedia. Meskipun dalam keadaan menggeletar, Edmound tetap meneruskan rakaman kejadian. Boleh dilihat selepas letupan itu berlaku, video bergegar-gegar disebabkan keadaannya yang terkejut.

Z

Zz

Dalam keadaan labor room yang sudah tidak sempurna serta huru hara akibat letupan tersebut, doktor dan jururawat tetap meneruskan proses walaupun tiada bekalan elektrik dan akhirnya bayi mereka selamat dilahirkan. Edmound berkata,

Anak lelaki saya, George dilahirkan ketika letupan besar berlaku, saya tidak percaya kami semua terselamat.”

Terima kasih kerana telah berjaya menyambut saya ke dunia ini dengan selamat. Saya harap saya boleh membalas jasa anda kembali suatu hari nanti,” katanya bagi pihak George.

George1

George3

Edmound juga turut merakamkan detik-detik proses itu berlaku dengan mengambil beberapa gambar dari mula sehinggalah anak lelakinya itu selamat dilahirkan. Tonton video yang dirakam oleh Edmound:

Baca: “Tak Sangka Masih Hidup” –Tragedi Letupan Beirut, Pasangan Ini Nyaris Maut Letupan Hanya 600 Meter Dari Rumah

Page 3

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.