Satu video tular memperlihatkan kenderaan anggota polis yang dikatakan mengiringi orang kenamaan telah merempuh kereta awam di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)media sosial pada Sabtu lalu.
Susulan itu, pihak polis kini sedang melakukan siasatan. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan semasa petugas Polis Diraja Malaysia mengiringi orang kenamaan.
Artikel berkaitan : ”Nak pegi mana tu?” – Kenderaan Tanpa Bumbung Bawa Sami Buddha Ini Buat Orang Ramai Tersengih
Artikel berkaitan : Doktor & Anak Cedera Parah Gara-gara Dirempuh Remaja 18 Tahun Pandu SUV
“Kita menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Seremban, Negeri Sembilan.”
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan orang awam
KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.… pic.twitter.com/L6oZzqX5Nu
— MYNEWSHUB (@mynewshub) November 18, 2024
Tambah beliau, JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan
Sebelum ini, video berdurasi satu minit empat saat tersebut memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.
Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu disyaki memandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga itu.
Sumber : Sinar Harian