Kes penipuan atas talian atau scam amat berleluasa di negara kita kebelakangan ini, ramai yang menjadi mangsa dan kehilangan wang dalam jumlah yang sangat tinggi.
Scammer ini juga semakin licik dan akan melakukan apa sahaja untuk mencuri harta orang lain, tidak kurang dengan itu mereka juga kini lebih bijak mencari mangsa serta mempunyai target tertentu.
Dalam laporan Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai menyatakan statistik yang direkod oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, setakat dua tahun kebelakangan ini, mangsa penipuan dalam talian (scam) melibatkan kaum wanita lebih tinggi berbanding lelaki.
Difahamkan, ramai kaum wanita yang terjerat dalam perangkap scammer ini berusia dalam lingkungan antara 17 hingga 40 tahun, ini kerana golongan itu paling banyak menggunakan media sosial di Malaysia.
Menurut ACP Beh Eng Lai, ramai wanita di negara ini menjadi mangsa scam yang membabitkan jenayah ‘Love Scam’ dari pelbagai platform media sosial termasuk Facebook.
“Antara kes yang paling banyak melibatkan penipuan membabitkan pembelian dalam talian, Macau Scam yang cenderung kepada penipuan atau ugutan seperti panggilan penyamaran dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya, ‘Love Scam’, penipuan pinjaman yang tidak wujud dan juga penipuan pelaburan.
“Statistik untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini menunjukkan lebih 45 peratus daripada mangsa penipuan adalah membabitkan lelaki dan 55 peratus adalah dari kalangan kaum wanita. Ramai diantaranya adalah kes membabitkan ‘Love Scam’,” katanya.
Tambahnya lagi, golongan penipu ini mencari mangsa yang kesunyian dan memerlukan pasangan sebagai sasaran mudah mereka.
Be safe ladies!
Baca: Dianggarkan Lebih 1,000 Rakyat Malaysia Jadi ‘Scammer’, Paling Muda Umur 14 Tahun