Tular satu video keluhan seorang penunggang motosikal yang mendakwa telah ‘diganggu’ oleh pihak polis sehingga menyebabkan kerosakan pada motornya. Menurut individu berkenaan pihak polis itu telah mencabut kepala tiub dan pendikit kabel dibelit sehingga tidak boleh pulas.
Dalam video lain, rakaman CCTV menunjukkan seramai 2 anggota polis telah menghampiri sebuah motosikal di stesen minyak yang terletak di kawasan Kampung Baru Subang. Susulan dengan kejadian tersebut, ia telah sampai ke perhatian pihak PDRM dan meminta agar pemilik kenderaan tersebut tampil untuk membuat laporan.
Artikel berkaitan : Polis Tak Isytihar Jalan Masjid India Sebagai Zon Tak Selamat Sebab…
Artikel berkaitan : Polis Tahan 3 Lelaki, Disyaki R*gol Remaja Perempuan Hilang Di Tawau
Pemilik motosikal ‘diganggu’ diminta tampil buat laporan polis
Sungai Buloh: Pemilik motosikal yang didakwa ‘diganggu’ oleh dua anggota polis di sebuah stesen minyak di Subang Perdana, di sini, yang tular di media sosial, semalam, diminta tampil membuat laporan bagi membantu… pic.twitter.com/6zHtLH9l8K
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 1, 2024
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kira-kira jam 1 petang, semalam.
“Dalam rakaman itu, petugas rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Kampung Baru Subang mendekati sebuah motosikal yang ditempatkan di stesen minyak berkenaan.”
“Untuk makluman, pemeriksaan kenderaan adalah tugas harian yang dijalankan setiap petugas rondaan cegah jenayah di lapangan.”
Beliau turut menegaskan bahawa penularan rakaman itu dilihat telah menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Sungai Buloh).
“Justeru, pemilik motosikal itu diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.”
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan rakaman video yang boleh menjatuhkan imej PDRM tanpa kesahihan.”
Tegasnya, mana-mana individu yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Sumber : X, Harian Metro