Ramai yang telah mengetahui kehebatan kereta elektrik Tesla dan salah satunya adalah kebolehan kereta tersebut untuk memandu sendiri atau ‘auto-pilot’.
Baru-baru ini, satu siri video di TikTok menunjukkan bagaimana sepasang suami isteri memandu dari Singapura ke Pulau Pinang menggunakan mod autopilot pada Tesla Model 3 mereka dan video itu menjadi tular.
@sgpikarchu Crossed the custom within 45 minutes at midnight. Drove past KL, continuing up north! Go Tesla 🤓 #SgTeslaGoesMsia #EVboleh
Dalam laporan Guang Ming Daily, video tersebut sampai ke pengetahuan pihak polis dan mereka berkata ia merupakan sebuah larangan untuk pemandu menggunakan fungsi autopilot.
Laporan itu berkata, tindakan akan diambil terhadap pasangan warga Singapura yang menggunakan fungsi bebas tangan itu apabila mereka memandu sejauh 700 kilometer ke Pulau Pinang.
Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, berkata penggunaan fungsi autopilot Tesla boleh menyebabkan pemandu menjadi lalai dan tidak sensitif terhadap keadaan jalan raya, berdasarkan penyelidikan dari Massachusetts Institute of Technology (MIT).
“Malaysia pada masa ini tidak mempunyai peraturan atau undang-undang terhadap sistem pemanduan automatik, tetapi sistem ini tidak membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduan – sistem itu tidak dapat memastikan jika ada pemandu duduk di dalam kenderaan itu.”
Ia juga mungkin akan menyebabkan pemandu kurang memberi perhatian kepada lalu lintas di sekeliling mereka, sebaliknya menghabiskan masa mereka dengan perkara lain yang mengganggu, seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu.” katanya.
Beliau menambah, berhubung pasangan dari Singapura itu, polis Malaysia akan menggunakan Akta Pengangkutan Darat 1987 untuk melancarkan siasatan.
Baca: “Jealousnya” – Ramai Kagum Bekas Pelajar MRSM Ulul Albab Terengganu, Kini Jurutera Di TESLA