in

PDRM Buka Kertas Siasatan Program ‘Jom Ziarah Gereja’

pdrm siasat program jom ziarah gereja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim, walaupun program ‘Jom Ziarah Gereja’ berkenaan telah dibatalkan tempoh hari, namun kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung program berkenaan.


Tambahnya lagi, pihak polis telah merakamkan kenyataan pengadu dan turut memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur

Selain itu, salah seorang ahli NGO yang terlibat dalam penganjuran program ini telah dihubungi dan dia memberi aku janji untuk hadir ke IPD Sentul untuk diambil keterangan pada esok.

Jelas Azmi lagi, sebaik kertas siasatan berkenaan dibuat, perkara tersebut akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

“Saya berharap pihak terlibat memberi kerjasama untuk kami lengkapkan siasatan”

Perkara tersebut dijelaskan oleh Azmi ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh NGO yang bernaung di bawah KBS tersebut.

YB Hannah Yeoh di Parlimen

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa program yang dimaksudkan tersebut tidak melibatkan individu Muslim.

Baca :  “Takut inai jadi hitam”- Wanita Bimbang Tarikh PRN Bertembung Dengan Majlis Kahwin, Ini Jawapan MB Selangor

f2 tarikh prn selangor

Sumber: PRDM
Sumber: Parlimen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.