in

Pavilion KL Mohon Maaf Kes Pokok Krismas Hempap Kepala Pelancong Singapura

pokok krismas hempap kepala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelancong dari Singapura tidak menyangka sambutan perayaan Krismas bertukar trauma selepas hiasan pokok Krismas yang tergantung di Pavilion Kuala Lumpur jatuh dan menghempap kepalanya semalam.

Kejadian berlaku ketika dia sedang mengambil gambar isteri, Aileen Tan dan anaknya ketika berkunjung ke pusat beli-belah tersebut.


Menurut Aileen Tan, suaminya mengalami bengkak di kepala dan dibawa ke klinik oleh pengurusan pusat beli belah terbabit.

Artikel berkaitan: Pelancong China Puji Jurujual Di Pavilion KL Sebab Tak ‘Judge’ Pemakaian

Artikel berkaitan: Lelaki ‘Fed Up’ Tayar Kereta Meletup Gara-gara Jalan Rosak, Tanam Pokok Krismas Di Jalan Berlubang

“Suami saya berada di luar merry go round untuk mengambil gambar saya dan anak. Secara tiba-tiba hiasan pokok krismas jatuh. Memang terkejut dan tak jangka sama sekali. Ia berlaku sangat pantas.

“Mujur anak bersama saya. Kalau dia dalam stroller, mesti dia pun kena sama. Cuma dia terkejut dan terus menangis,” kata isterinya.

screenshot 2023 12 25 210650.png

Pavilion KL mohon maaf

Susulan kejadian itu, pihak Pavilion Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memohon maaf atas insiden yang berlaku kepada pengunjung terbabit.

“Pasukan perubatan dan keselamatan kami segera bertindak balas, menemani pengunjung ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.

“Pengunjung dilaporkan mengalami luka kecil dan menghargai tindakan segera daripada pihak pengurusan. Kami sedang berkomunikasi dengan dia dan keluarganya untuk memastikan kesejahteraannya,” katanya.

Dalam kenyataan itu, hiasan pokok Krismas tersebut telah ditanggalkan untuk mengelakkan sebarang kejadian sama daripada berulang lagi pada masa hadapan.

Sumber: NST, Facebook

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.