in

“Patutnya dia hidup bahagia…” – Doktor Wuhan Maut Selepas Disahkan Positif Coronavirus Pada Tarikh Perkahwinan

Doktor Coronavirus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor muda meninggal dunia akibat jangkitan coronavirus atau Covid-19, lapor AsiaOne. Peng Yinhua, 29, merupakan doktor barisan hadapan yang bertungkus lumus dan bekerja keras demi melawan penularan wabak itu sejak awal.

Malangnya, pada 25 Januari lepas Peng dimasukkan ke First People’s Hospital untuk mendapatkan rawatan selepas disahkan dijangkiti virus itu.


Meskipun begitu, beberapa hari kemudian keadaan Peng semakin buruk dan tahap kesihatannya semakin menurun menyebabkan dia terpaksa dipindahkan ke unit penjagaan rapi (ICU) pada 1 Februari.

Doc1

Selepas lebih 14 hari dirawat, Peng menghembuskan nafas terakhir dan disahkan meninggal dunia pada 20 Februari jam 9.50 malam. Kisah Peng menjadi sebutan ramai netizen di sana dan lebih menyedihkan apabila mereka dapat tahu dia sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin.

Rupa-rupanya 1 Februari itu adalah tarikh perkahwinan Peng dan tunangnya seperti yang dirancang oleh mereka. Namun, sebelum dia disahkan positif Covid-19, Peng dan tunangnya bersetuju untuk menangguhkan perkahwinan mereka sehingga wabak ini berakhir.

Doc3

Doc2

Rakan sekerja juga sedih apabila terjumpa kad jemputan perkahwinan Peng yang selama ini disimpan di laci meja pejabatnya. Ramai netizen di Weibo bercakap tentang Peng dan melabelkannya sebagai ‘hero’ serta mendoakan dia tenang di sana. Seorang pengguna Weibo berkata,

Dia sepatutnya mempunyai hidup dan masa depan yang bagus. Saya tak mahu ada doktor lain yang meninggal dunia juga.”

Baca: Dr Li Wenliang: Doktor Terawal Beri Amaran Tentang Coronavirus Meninggal Dunia, Netizen Bersimpati Atas Kematiannya

Li Wengliang

Sumber: China Plus
Sumber: China Plus
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.