Kalau bercakap tentang air kelapa mesti ramai yang feeling syahdu di tepi pantai sambil ditup angin laut kan?
Selain itu, air kelapa juga banyak dijual di Malaysia dan menjadi antara minuman yang sangat diminati terutama sekali jika cuaca sedang panas. Lepas dah minum tu mesti rasa segar semacam kan?
Kalau korang nak tahu, air kelapa mempunyai kandungan mineral yang tinggi dan mempunyai pelbagai kebaikan selain daripada rasa yang sedap.
Air kelapa, alternatif kepada minuman isotonik.
Air kelapa mengandungi mineral yang tinggi?
Dalam 100 ml air kelapa ada sekitar:
1. 150-350 mg garam potassium
2. 30-50 mg kalsium
3. 4-50 mg garam natrium
4. 7-15 mg magnesium
5. 6-20 mg fosforus pic.twitter.com/8k9iL8UzlM— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) March 8, 2022
Dalam journal Cambridge, selain pelbagai kegunaan tradisionalnya, minuman segar yang diekstrak daripada buah kelapa baru-baru ini telah dikatakan sebagai “minuman sukan” atau minuman isotonik.
Kajian daripada Jabatan Pemakanan Harvard School of Public Health, minum air kelapa adalah lebih baik berbanding jus buahan dan minuman lain, ia sangat disyorkan untuk atlet yang melakukan latihan berat selama tidak lebih dari 3 jam.
Oleh kerana kandungannya yang tinggi dalam kalium (lima kali lebih tinggi daripada minuman sukan biasa), ia membantu mencegah dan menghilangkan kekejangan.
Bagaimana pun, seorang pakar pemakanan mengingatkan bahawa air kelapa itu memang sedap tetapi ia bukan untuk semua orang.
Which makes it very not suitable for kidney patients.
Ayaq nyoq is good, but not for everyone. https://t.co/nd5hKy8MSc
— Jazz™ (@JazeeraJulaili) March 8, 2022
Menurutnya, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh menapis elektrolit seperti yang dinyatakan dengan baik dan jika pengambilannya terlalu banyak ia akan jadi toksik dan boleh membawa kepada beberapa kesan sampingan.
Sedap juga air kelapa waktu macam ni.