Beberapa hari kebelakangan ini, mesti ramai yang dapat rasa cuaca sedikit panas dan kering, betul tak?
Difahamkan, beberapa hari ini Bumi melalui pusat geometri cakera Matahari, atau dengan kata lain, Matahari berada betul-betul di atas garisan khatulistiwa.
Disebabkan itu, Malaysia akan mengalami beberapa hari panas yang tidak terperi dan cuaca yang tidak boleh dijangka.
Ada sebilangan orang menyatakan, cuaca panas ini mungkin disebabkan oleh ekuinoks, kerana jarak Matahari dari garisan khatulistiwa (dimana Malaysia terletak di tengah-tengah) akan berada pada jarak paling dekat.
Walau bagaimanapun, kenyataan cuaca panas baru-baru ini disebabkan oleh ekuinoks, adalah tidak benar.
Menurut tweet oleh Jabatan Meteorologi, dijelaskan bahawa ekuinoks tidak menjejaskan suhu dan cuaca negara dengan ketara.
🅴🅺🆄🅸🅽🅾🅺🆂 merupakan fenomena yang berlaku 2 kali setahun iaitu sekitar 𝟮𝟭 𝗠𝗮𝗰 & 𝟮𝟯 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 apabila matahari berada tegak di ats garisan Khatulistiwa.
☀️ Ekuinoks TIDAK memberi kesan signifikan terhadap 𝘀𝘂𝗵𝘂 & 𝗰𝘂𝗮𝗰𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.#metmalaysia pic.twitter.com/XR2wh3bRS4
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 19, 2022
Dalam tweet tersebut, MetMalaysia hanya menjelaskan bahawa ini adalah masa apabila waktu siang dan malam dibahagikan sama rata pada setiap 12 jam.
Menurut MET Malaysia, apa yang berlaku kemudian ialah peralihan Monsun Barat Daya dan berakhirnya musim Monsun Timur Laut, bersama-sama dengan fenomena El Nino yang kuat dan mengakibatkan hujan yang kurang menjadikan cuaca lebih panas.
Ekuinoks mempengaruhi apa yang kita anggap sebagai ‘haba’– melalui sinaran yang dipancarkan matahari tepat mengenai bumi secara.
Walau bagaimanapun, ekuinoks bukanlah punca cuaca panas kerana ia tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan perubahan cuaca sebenar yang dibawa oleh peralihan musim tengkujuh.
Baca: Hujan Batu Permata? 7 Fenomena Cuaca Ini Tak Berlaku Di Bumi Tapi Di Planet Lain!