“Patutlah gebu” – Gadis Ini Kongsi Tips Ibunya Buat Cucur Untuk Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dekat negara kita ada macam-macam jenis cucur. Cucur udang, cucur bawang, cucur pisang, cucur badak, cucur jagung dan macam-macam jenis cucur lagi lah. Banyak cara yang kita boleh try untuk mendapatkan cucur yang gebu dan sedap.

Seorang gadis ni ada share tips untuk mendapatkan cucur yang gebu. Tips yang dia dapat dari ibunya ini memang dapat perhatian dari netizen. Ada yang share tips yang sama, ada juga yang kongsi tips yang lain untuk dapat gebu. Iyelah kan lain orang, lain cara. Cuba korang tengok tweet dekat bawah ni.

Patutlah gebu

Semua bahan-bahan yang perlu ditambah tu memang ada dekat dapur rumah kita. Bahan basic macam nasi dan air suam tu confirm ada. Yang baking powder tu rajin-rajin lah sikit keluar rumah pegi beli ye. 

Ni lain pulak letak roti. Lain macam betul letak roti. Tapi end up jadi lembut. Kami nak lembut. Nak yang lembut. 

Ni kalau dah letak kelapa dalam cekodok pisang dah jadi benda lain dah. Rasa macam lepat pisang pulak nanti bila kelapa parut campur pisang. Tapi menarik gak cara ni, kena try ni nanti. 

Okay ni logik dan boleh terima. Time bancuh guna air panas. Baru lah gebu-gebu sikit. Makan pun sedap petang-petang ni kan. 

Weh ni lagi lain macam. ENO tu orang guna untuk sakit perut kan? Satgi tak pasal-pasal bloated semacam. Tapi kalau nak letak tu, jangan letak yang ada perisa. End up jadi cekodok pisang perasa lemon pulak.

Yang ni betul. Guna senduk kayu. Kalau senduk besi tu nanti jenuh melekat. Susah nak jadi bulat-bulat dan gebu. Kalau senduk kayu tu okay lagi, tak melekat sangat. 

Ish petang-petang ni kalau dapat cucur best gak ni. Sambil minum teh o panas. Pergh.. memang layan. 

 

Baca: “Macam cekodok” – Netizen Terhibur Tengok Hasil DIY Boba Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.