in

“Patut ramai sayang” – Netizen ‘Throwback’ Siti Nurhaliza Bantu Lakukan CPR Kepada Arwah Yasmin Ahmad

Syaz Ft 2024 09 03T130301.163

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) ialah prosedur kecemasan yang berpotensi menyelamatkan nyawa seseorang dalam situasi di mana jantung dan/atau pernafasan mereka terhenti.

Sebuah cerita throwback tular di media sosial di mana penyanyi nombor 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini pernah melakukan CPR kepada pengarah terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad ketika arwah terkena serangan jantung.


Artikel berkaitan: Pak Nil Jelaskan Kenapa Siti Nurhaliza Layak Digelar Pakar Di UMCCed

Artikel berkaitan: Ini 7 Filem Terbaik Malaysia Yang Wajib Korang Tonton

Menurut hantaran yang dilakukan oleh @luxentX di aplikasi X, pada ketika itu arwah berada di Sri Pentas TV3 untuk melakukan pitching dan kebetulan Siti Nurhaliza juga berada di dalam bilik yang sama.

Dalam laporan yang dikongsikan itu, difahamkan Siti Nurhaliza cuba melakukan tindakan kecemasan itu bersama doktor residen Media Prima, Dr. Rohaya Ramli selama 15-20 minit sebelum arwah dibawa ke sebuah hospital di Damansara, Selangor.

“Baru tahu sekarang”

Ramai netizen yang kagum dengan tindakan pelantun lagi Biarlah Rahsia itu malah ramai juga yang mengakui baru mengetahui cerita tersebut.

1 4

Ada netizen yang berkongsi, Siti Nurhaliza juga merupakan duta untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia suatu ketika dahulu.

Sedekahkan Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.