in

“Patut kena viral sampai masuk TV” – Bekas Suami Sorok 2 Anak Lepas Ibu Dapat Hak Penjagaan, Suka Hati Langgar Perintah Mahkamah!

sorok anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak. Saya amat rindukan mereka.”

Itulah luahan seorang ibu yang tidak dibenarkan berjumpa dua anaknya, Muhammad Asri Yusry dan Afrina Yusra oleh bekas suami, lapor Harian Metro.

 

Kena sorok dengan bekas suami


Menurut perkongsian Begum, 43, di Facebook, dua anaknya, telah dilarikan dan disembunyikan oleh ayah kandung mereka sendiri.

Katanya bekas suami menghalangnya untuk mengambil dua anaknya meskipun dia telah mendapat perintah mahkamah bahawa hak penjagaan penuh terhadap mereka.

hilang1

 

Dah dapat hak penjagaan tapi bekas suami taknak serah anak

Katanya lagi, lokasi terakhir yang kedua-dua anaknya yang dia ketahui adalah di Taman Bukit Kemuning, Shah Alam. Difahamkan, ketika mereka bercerai pada tahun 2017 hak penjagaan anak-anak diberikan kepada bekas suaminya. Namun, selepas lawan di mahkamah dia berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal itu.

Sebelum ini, kedua-dua anak di bawah jagaan bekas suami berusia 49 tahun selepas hak penjagaan penuh diberikan kepadanya sebagai salah satu syarat perceraian kami pada Februari 2018.”

Bagaimanapun, bekas suami sentiasa memberikan pelbagai alasan untuk mengelak saya daripada bertemu dengan anak-anak selain cuba memendekkan tempoh mereka bersama (saya).”

kk

k

Tindakan bekas suaminya itu membuatkannya nekad untuk memfailkan hak penjagaan penuh terhadap anak-anaknya pada Julai 2018 dan berjaya mendapat perintah pada Februari lepas. Tapi, bekas suami tetap masih enggan serahkan kedua-dua anak mereka.

Tapi, bila nak jemput anak-anaknya bekas suami larikan dan sembunyikan mereka selain turut block segala bentuk komunikasi dengannya. Kini sudah lebih 600 hari dia tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya itu.

 

Perintah mahkamah pun tak diendahkan!

Pelbagai cara dicuba oleh Begum untuk mendapatkan anak-anaknya namun bekas suami langsung tidak endah. Sejak Februari lepas, sudah 3 laporan polis berasingan dibuat namun katanya hal menjadi rumit kerana membabitkan dua bidang kuasa iaitu polis dan mahkamah.

Meskipun Begum telah datang ke rumah bekas suami, dia tetap tidak mengendahkan perintah polis yang menyuruhnya membuka pintu rumah.

hilang3

hilang4

 

Tak akan mengalah!

Walaupun pelbagai cara sudah dilakukan sehingga buntu untuk memikirkan jalan agar dia dapat mengambil kedua-dua anaknya itu, Begum berkata dia tidak kan mengalah.

Sehingga kini, sudah pelbagai cara saya ambil termasuk pergi ke rumah bekas suami namun dia tidak berjaya dikesan selain nombor telefon disekat. Walau apa pun yang berlaku, saya akan terus berusaha mencari jalan mendapatkan anak-anak memandangkan mereka adalah hak saya.”

begum

 

Baca: “Macam pernah nampak dengan Bangla, mata lebam”- Sedih! Bapa Hilang Anak Hampir 1 Tahun, Pakai Baju Gambar Anak Berharap Agar Ditemui

feature 2 4

Sumber: Twitter
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.