in

“Patuhi kod pakaian mengikut jantina” – Rupanya Dah Tertera Terma & Syarat Di Belakang Tiket AJL39?

ft tiket AJL 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai lelaki yang berpakaian ala wanita ketika AJL39 beberapa hari lalu menjadi buah mulut ramai pihak hingga ke hari ini.

Tidak dinafikan ramai yang meletakkan kesalahan tersebut kepada penganjur iaitu sebuah stesen TV swasta, namun sumber mStar Online menyatakan bahawa sebenarnya pihak penganjur sudahpun menyenaraikan 10 terma dan syarat termasuklah etika pemakaian buat mereka yang ingin hadir ke acara berprestij berkenaan.


Artikel berkaitan : Sharnaaz Ahmad Diminta Mohon Maaf Kepada Fahmi Fadzil Isu Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL39

Artikel berkaitan : Influencer Pakai Busana Seakan-akan Wanita Di AJL, Netizen Mohon JAKIM Ambil Tindakan Tegas

tiket ajl37 2

Syarat dan terma tersebut sudah tertera di bahagian belakang tiket. Dalam senarai tersebut, penganjur menegaskan bahawa penonton perlu elak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan atau provokatif.

Lebih penting lagi, pihak penganjur sudah pun meminta penonton untuk mematuhi kod pakaian mengikut jantina.

Isu berkenaan dengan tiket AJL39 ini timbul apabila seorang pengguna TikTok berkongsi dan tunjukkan terma dan syarat pada tiket tersebut tentang etika pemakaian.

@yanaothmann

Siapakah yg salah TV3 / MEREKA? #fypppppppppppppppppppppppp #fypシ #AJL39 #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – 💗Yana_Othman💗 – 💗Yana_Othman💗

Sebelum ini, isu pemakaian lelaki menyerupai wanita ketika karpet merah AJL39 menjadi tumpuan dan ramai meminta pihak JAKIM untuk mengambil tindakan.

Malah beberapa pihak seperti pelakon Sharnaaz Ahmad, pendakwah PU Syed, dan ahli akademik Ahmad Sanusi Azmi juga turut menyuarakan hal ini.

Susulan dengan kebimbangan dan kecaman daripada banyak pihak, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa pihaknya akan membuat perbincangan secara tertutup dengan pihak penganjur.

Bahkan, pihak stesen TV berkenaan juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai kejadian yang berlaku.

Sumber : mStar Online, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.