in

“Patik bangga jadi rakyat Johor” – Makcik Kemboja Sedih, Mohon Maaf Kepada TMJ

Makcik Kemboja Tmj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh beberapa hari ini mengenai seorang usahawan wanita yang mengakui dirinya berketurunan Kemboja membuat kenyataan sensitif mengenai orang Melayu.

Kenyataan itu telah menyebabkan dirinya dikecam hebat sehingga ada yang meminta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil tindakan terhadap usahawan yang berniaga di Skudai.


Terbaharu, wanita itu yang turut dikenali sebagai Madame Mariyah membuat satu lagi video yang ditujukan kepada Tunku Ismail.

Artikel berkaitan: “Kenyataan rasis” – Usahawan Kemboja Hina Melayu Malas, Komuniti Melayu Champa Buat Laporan Polis

Menerusi video yang berdurasi satu minit itu, Mariyah mengucapkan ribuan terima kasih kepada TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di Johor.

@mariyahholdings

menjunjung kasih Tunku 😭❤️💙🙏🏻

♬ Sad and lonely – MoppySound

Katanya, dia bangga menjadi rakyat negeri Johor dan ingin membantu lebih ramai orang dalam mencari rezeki.

“Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Dalam video itu, dia turut memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan respon TMJ di platform X selepas pengguna media sosial itu memohon agar mengambil tindakan terhadap usahawan wanita itu.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah menerima 14 laporan berhubung video tular usahawan terbabit.

Sumber: TikTok, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.