Tak dinafikan, semua pasangan pengantin pasti mahu mencipta sesuatu yang indah dan diingati oleh mereka berdua. Ada antara mereka yang melakukannya pada waktu melamar, bernikah atau bersanding. Maklumlah, perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Jadi tidak salah untuk meraikannya dengan mengikut kreativiti masing-masing.
Seperti pasangan ini, yang berasal dari Hainan, China. Kedua-dua pasangan ini telah memilih untuk bergantung di tebing Gunung Chaya setinggi 100 meter! WOWW TINGGI TUU!

Menurut pasangan tersebut, sebab mereka memilih Gunung Chaya adalah kerana gunung itu telah menjadi salah satu lokasi pengambaran bagi filem Journey to the West pada tahun 1970.

Pendaki-pendaki yang dipilih untuk membantu pasangan ini bagi memanjat setiap tebing gunung tersebut turut memakai pakaian khas yang digunakan bagi filem tersebut, semperna meraikan perkahwinan pasangan itu. Aww so sweet!

Walaupun hanya dengan memanjat 100 meter, tetapi pasangan ini telah membuktikan kepada semua orang bahawa tebing gunung juga antara lokasi yang unik dan cantik untuk dipilih sebagai sesi pengambaran.

Juga, bagi pengantin perempuan tersebut, dia perlu memilih keselamatan dengan ketepikan veilnya serta perlu memakai kasut sukan bagi memudahkannya memanjat tebing gunung berkenaan.

Wowww. Confirm ni mesti jadi antara memori terindah dorang. Apa-apa pun, semoga berbahagia kamu ucapkan! 🙂
Baca: Memang Rare! Bakal Pengantin Ambil Risiko Panjat Gunung Berapi Untuk Gambar Pre-Wedding