Perhubungan sejenis di negara ini sudah tidak asing lagi. Saban hari kita melihat gambar-gambar ‘pasangan bahagia’ ini bermesra tanpa segan silu di media sosial. Meskipun mereka dikecam, golongan ini sudah tidak ambil enteng akan kata orang.
Keterbukaan terhadap golongan ini di Barat semakin menjadi-jadi. Terbaru, pasangan gay yang beragama Islam didakwa menikah secara rasminya di United Kingdom (UK), lapor Daily Mail.
Jahed Choudhury, 24 dan pasangannya Sean Rogan, 19, telah melangsungkan perkahwinan mereka di Walsall dengan kedua-duanya memakai pakaian perkahwinan tradisional Bangladesh.
Menurut Jahed yang membesar sebagai seorang homoseksual Muslim, dia pernah dihantar untuk mengerjakan haji dengan tujuan untuk mengubah seksualitinya. Malah dia juga telah berjuang menghadapi depresi, kecaman dan buli kerana seksualitinya sehingga dia hampir cuba membunuh diri.
Dia akhirnya bertemu dengan Sean Rogan semasa sedang menangis di tepi pantai dan secara tidak sengaja Sean telah menyelamatkan nyawanya. Sejak dari itu, Jahed dan Sean telah menjalinkan hubungan rapat dan seterusnya berubah menjadi serius.
Namun di sebalik kebahagiaan mereka, Jahed dan Sean telah menerima pelbagai ugutan bunuh. Bagi Jahed, dia mahu menjadi contoh buat pasangan gay di luar sana yang juga menganuti agama Islam.
Pesan saya bagi mereka yang menghadapi situasi yang hampir sama seperti ini – ia tidak menjadi kesalahan untuk menunjukkan ke seluruh dunia yang anda seorang gay dan juga menganuti agama Islam.”
Jahed yang membesar di dalam sebuah keluarga tradisional Muslim seringkali dipanggil sebagai ‘kambing hitam’ di dalam keluarga tersebut.
Sewaktu di zaman persekolahan dahulu, dia pernah diludah orang, dipanggil ‘babi’ dan orang Muslim akan menjerit perkataan ‘harum’ kepadanya – yang mana membawa maksud tidak elok dalam bahasa ibunda Jahed.
Pun begitu, setelah bertemu Sean hidup Jahed berubah seratus peratus. Tambahnya lagi, Sean telah melamar pada hari jadinya bulan Jun lepas. Ehem, sweet!
“Kami akan mengadakan parti besar di Darlaston selepas ini dan kemudian kami akan bercuti ke Spain selama seminggu,” kata Jahed lagi.
Pernikahan Jahed dan Sean telah disaksikan ibu, adik perempuan, abang dan sepupu Jahed; dan juga ibu, dua orang adik perempuan dan abang Sean.
Dalam pada itu, Jahed juga memberitahu kemungkinan besar Sean akan memeluk Islam dalam masa terdekat, namun mereka sekarang mempunyai masalah dalam mencari masjid yang sudi menerima mereka.
Kami tidak akan mampu mencari tempat untuk beribadah. Kami juga tidak akan diterima oleh mana-mana masjid.”
Namun pembukaan masjid liberal baru-baru ini di Berlin menarik perhatian mereka.
Semenjak dari perkahwinan mereka yang lepas, pasangan ini telah menerima beberapa siri ugutan bunuh, namun kedua-duanya memilih untuk tidak mengendahkannya dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.
Marilah kita mendoakan supaya kedua-duanya kembali ke pangkal jalan dan menerima ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Mencaci maki atau mengecam pasangan ini tidak akan memulihkan keadaan, malah ia akan menambahkan benci sesama kita. Komen yang murni-murni saja, okay?
Baca: Lelaki Transeksual Luah Rasa Sedih Diberi Layanan Buruk Oleh Doktor di Klinik Mediviron