Baru-baru ini isteri kepada pelakon Fizz Fairuz, Almy Nadia telah meluahkan rasa sedih dan kecewanya atas apa yang menimpa suaminya selepas menjalani penggambaran satu drama hantu.
Menurut posting Instagram, Almy memberitahu selepas menjalani penggambaran drama Malaysian Ghost Stories: Misteri Topeng Barongan, suaminya kelihatan kurus kering dan sakit-sakit akibat ditimpa ‘penyakit misteri’.
https://www.instagram.com/p/CUKpDrBDdNw/?utm_medium=copy_link
Memang pasal kau, laki aku kurus kering sakit tau. Balik dari shooting cerita ni la, suami kami dilanda sakit misteri sampai tak makan tak minum dua minggu.
“Sampai diserang gastric tau, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada yer. Sekarang dah pulih tapi masih suami kami dilanda sakit termenung, moody, susah senyum dan tak ceria macam dulu,” katanya.
Tambah Almy lagi, suaminya menjalani penggambaran drama ini di Kampung Sahom, Gopeng, Perak.
“Rumah jadi sunyi sepi sebab suami kami tak macam dulu”
Menurut Almy lagi, dia juga akui bukan mudah untuk suaminya pulih daripada penyakit misteri yang dialaminya dan suasana di rumah mereka juga berubah menjadi sunyi apabila Fizz lebih banyak termenung daripada biasa.
Walau bagaimanapun, pelakon itu katanya semakin pulih selepas mendapat rawatan daripada abangnya.
Rata-rata netizen yang membaca posting tersebut memberi kata-kata semangat buat Almy dan Fizz serta berharap pasangan ini tabah menghadapi ujian.
Dalam pada itu ada juga netizen yang mengingatkan untuk sentiasa berhati-hati jika berada di tempat baru kerana bimbang melanggar pantang larang di sana.
Semoga Fizz Fairuz cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala.
Baca: “Ada hantu?” – Netizen Seram Tengok Kerusi Belakang MP Hannah Yeoh Berpusing Sendiri