Selain tak perlu fikir nak pusing banyak kali untuk cari parking, salah satu penyebab kalau masuk parking berbayar di tempat terbuka adalah untuk memastikan kereta kita selamat.
Tapi malang buat seorang pengguna TikTok ini apabila kenderaannya yang diletakkan di kawasan parking secara terbuka berhampiran dengan MRT dekat MyTown kira-kira jam 7.00 petang baru-baru ini telah menjadi mangsa vandalisme.
Artikel Berkaitan : “Memang gegar kuat, rasa nak tenggelam” – Struktur Bangunan Runtuh, 10 Kereta Rosak Dihempap
Artikel Berkaitan : “Ada juga artis berhati mulia” – [VIDEO] Netizen Kagum Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak Bawah Panas Terik
Menurut @aereon.wong, ketika dia menuju ke kereta dalam jam 11 malam, dia terkejut melihat cermin keretanya retak teruk dan cermin pintu kiri pula pecah serta pemegang pintu kereta belah kiri rosak.
Menurut Aereon, dia yakin bahawa ini bukanlah satu kemalangan kerana kereta di sebelahnya juga mengalami kerosakan yang lebih kurang sama tetapi tidak seteruk dia.
@aereon.wong Here’s what happens on my unfortunate incident last week 🚗🥲 🗓️ 29th August 2023 ⏰ 7PM – 11PM 📍 MyTown MRT Open Space Parking (RM5) [My car is parked at the entrance and beside guard house] If anyone witness or have information, please DM me. I want to express my heartfelt appreciation to everyone who expressed concern about my recent incident. I want to assure you that I am safe, and with your support, I can continue creating content. Stay safe and take care guys 🙏🏼
Bagaimanapun, tiada kerosakan dalaman berlaku pada keretanya. Dia segera memaklumkan hal ini kepada keluarga dan ejen insurans keretanya sebelum membuat laporan polis di Cheras.
Akibat kerosakan keretanya, Aereon menanggung kos sebanyak RM13,304. Namun, dia akan buat tuntutan daripada pihak insurans menggunakan NCD dan proses akan memakan masa selama 3 hingga ke 4 minggu.
Susulan itu, Aereon berharap agar orang ramai yang ada menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil memberikan sebarang maklumat lanjut.
Sumber : TikTok