in

“Panggilan ke Mekah bukan jaminan hidayah” – [VIDEO] Amin Idris Beri Respon Isu ‘Statement’ Berani Ifa Raziah

Untitled Design 2022 05 25T172124.035

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada masalah jika seseorang itu mahu menyatakan apa yang sedang difikirkannya atau pendirian peribadi mereka tetapi jika ia melibatkan sesuatu yang sensitif seperti agama atau perkauman lebih baik jika kita meminta pendapat mereka yang lebih arif atau pakar.

Seperti yang terjadi kepada artis tempatan Ifa Raziah apabila dia mengeluarkan kenyataan yang membuatkan ramai yang triggered berkenaan isu agama.


Disebabkan itu, ramai yang menegur tindakan pelakon dan pengacara tersebut termasuklah pendakwah dan pengacara Amin Idris.

“Panggilan ke Mekah bukan jaminan hidayah”

Sebelum ini, Ifa Raziah mengeluarkan kenyataan yang walaupun dia tidak bertudung tetapi dia sudah tiga kali mendapat panggilan untuk pergi ke Makkah.

Amin Idris melalui saluran YouTube miliknya menegur tindakan dan kenyataan pengacara dan pelakon itu.

“Panggilan ke Mekah bukan bukti ketaatan seorang hamba sepenuhNya kepada yang Esa. Ia mesti disusuli dengan bukti amal soleh.

Kalau nak kira panggilan ke Mekah, Syi’ah pun ramai pergi Mekah. Tapi ia bukan bukti mereka golongan yang benar.

Abu Lahab bukan setakat 3 kali ke Mekah tapi siap lahir dan tinggal di Mekah. Tapi itu bukan penentu segalanya tanpa amal soleh” tulis Amin Idris. 

Selain itu, Amin Idris juga memesan jika kita tidak suka perbuatan baik kita dipertikai, kita seharusnya tidak mempertikai kebaikan orang lain. Meskipun, ramai yang bertudung tetapi tidak beribadah tetapi mereka masih melakukan perintah yang diwajibkan.

“Mungkin sekarang dia melakukan perkara itu (kebaikan) dengan sedikit tapi mungkin satu hari nanti dia akan lakukan perkara baik yang lebih daripada kita” katanya. 

Malah, pendakwah dan pengacara itu mengingatkan orang ramai untuk tidak menghentam perbuatan Ifa Raziah itu kerana mungkin kita juga kadang-kadang melampui batas agama tanpa sedar.

Ingat sama-sama ok?

Baca: “Belum pakai tudung, Allah dah jemput tiga kali” – [VIDEO] ‘Statement’ Ifa Raziah Undang Kecaman Netizen

Untitled Design 2022 05 25T170840.075

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.