in

“Panggil Interpol buat saya lebih popular” – Jocelyn Chia Anggap Tindakan PDRM ‘Mengarut’

jocelyn chia PDRM mengarut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak Jocelyn Chia yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia menyifatkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk memburu identiti dan lokasinya hanya akan mempopularkan beliau.

Jocelyn yang ditemuramah agensi BBC berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia sengaja memperbesar-besarkan isu itu dan ‘mahu melihat reaksi’ pegawai Interpol yang menerima permintaan itu.


“Sejujurnya, jika Interpol melakukan sesuatu mengenai permintaan ini dan perkara itu menjadi besar, bolehkah anda bayangkan betapa ia menjadikan saya lebih terkenal?

“Tindakan PDRM yang cuba melibatkan Interpol dalam isu ini disifatkan sebagai ‘mengarut’,” katanya kepada BBC.

Difahamkan, Interpol masih belum memberi respon kepada BBC sama ada mereka akan bertindak seperti mana yang dipohon oleh PDRM.

Menerusi ciapannya di Twitter, Chia mengatakan dia sebenarnya kelahiran Amerika Syarikat.
Menjengah ke ciapan yang lain, dia seolah-olah menyindir reaksi ‘keterlaluan’ Malaysia terhadap jenakanya apabila dia kini sedang ditemuramah beberapa agensi berita antarabangsa mengenai isu tersebut.

Dia juga mendakwa sudah berkali-kali mempersembahkan jenaka sebegitu dan sering menumpukan jenaka pada konflik sejarah antara Singapura dan Malaysia, yang pernah menjadi sebahagian daripada negara yang sama.

Malah, dia juga mengakui membuat jenaka yang memperlekeh dan mempersenda penonton adalah sebahagian daripada budaya kelab komedi di New York.

Dia berkata pelawak Amerika pada masa lalu telah menggunakan serangan keganasan 11 September sebagai bahan jenaka mereka.

Baca: PDRM Minta Bantuan Interpol Kesan Jocelyn Chia, Tapi Netizen Rasa ‘Keterlaluan’?
PDRM kesan Jocelyn Chia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.