Sekarang ni, langkah pencegahan awal perlu diambil berat memandangkan wabak Covid-19 semakin hari semakin meningkat. Orang ramai digalakkan untuk kerap basuh tangan, guna hand sanitizer, pakai topeng muka dan jarakkan diri dengan orang sekeliling demi memastikan kebersihan diri dan tempat sentiasa terjamin.
Ibubapa juga memainkan peranan yang penting kepada anak-anak untuk memastikan diorang jaga kebersihan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Viral video di Twitter menerusi akaun @makhailamani dimana dia mengatakan adiknya kena ‘sanitize’ oleh mak diorang waktu dah sampai kat airport
Lil brother got sanitised at the airport when he came back. Classic mum 😂 pic.twitter.com/bYbLOteq8d
— elxcobarr (@elxcobarr) March 19, 2020
Korang boleh tengok dekat video tu macam mana cara mak dia sanitize kan anaknya sekali dengan luggage. Dalam video tu juga orang sekeliling pandang pelik dengan tindakan yang dibuat oleh mak diorang. Tapi baguslah kan langkah pencegahan awal. Good job aunty
Rata-rata netizen memuji dengan tindakan tersebut sekaligus ada juga yang terhibur tengok cara mak diorang ‘sembur’ ke seluruh badan anak lelakinya itu.
I rela kena sanitized macam tu
My mom did the same thing to me
Sayangnya mak dekat seorang anak