in

“Paling legend!” – Pengacara Malaysia Dipuji, ‘Back Up’ Britney Spears Bila Dapat Soalan ‘Panas’

Asha Gill

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Britney Spears merupakan ikon dalam industri muzik pop antarabangsa, lagu-lagunya masih didengari sehingga kini meskipun dia berada di puncak kariernya pada lewat 90-an hingga awal 2000.

Baru-baru ini, Britney Spears mengeluarkan sebuah memoir yang menceritakan kesusahan serta sisi lain industri muzik Hollywood yang berjudul ‘The Woman in Me’.


Artikel berkaitan: Britney Spears Dedah Pernah Gugurkan Kandungan Sebab Justin Timberlake Tidak Bersedia Jadi Ayah

Artikel berkaitan: ‘River Red’ Bukan Satu Kod Rahsia, Saya Selamat Di Rumah – Britney Spears

Penyanyi lagu Toxic itu mendedahkan bagaimana dia dieksploitasi pada awal kariernya ketika usianya masih lagi belasan tahun.

Kebelakangan ini, banyak video-video yang tular menceritakan tentang kisah Britney Spears dan sebuah video temu ramah di mana ada peminat yang bertanyakan adakah Britney Spears masih ‘dara’.

@2000spopwomens

Poor Britney 🥹 #britneyspears #freebritney #2000s #iconic

♬ suono originale – Womens music

Namun, tindakan pengacara rancangan itu dipuji netizen apabila dia terus mencelah dan tidak meminta Britney untuk menjawab soalan itu sebaliknya dia yang menjawab soalan tersebut.

“Saya nak kata, bolehkah awak kembali ke sekolah, bolehkah anda pergi bercakap dengan ibu bapa anda, belajar untuk beradab kemudian kembali dan bertanya soalan kerana anda membuang masa kami,” kata pengacara itu.

Rupa-rupanya, pengacara itu merupakan pengacara dari Malaysia iaitu Asha Gill, dia kini merupakan seorang penyampai radio tempatan Lite FM.

Ketika video itu dirakam, dia masih lagi pengacara dalam saluran hiburan antarabanga, Channel V.

Hebatnya!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.