Di negara seberang, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika berada di atas pentas ketika sibuk menari dangdut.
Dalam video tersebut, lelaki yang memakai baju warna kelabu, berseluar pendek bawah lutut dan memakai songkok itu sedang menghampiri wanita memakai gaun kuning.
Artikel berkaitan : Sheikh Saleh Al-Shaibi, Pemegang Kunci Kaabah Meninggal Dunia
Artikel berkaitan : Elfira Puji Team Medik Arab Saudi Bantu Jemaah Haji, Tegur Tindakan Individu Rakam Jemaah Meninggal Dunia
Sambil menari dengan perlahan, lelaki tersebut memberikan sejumlah wang kepada penyanyi wanita tersebut sebelum berundur beberapa langkah dan membongkok selama beberapa saat dan rebah.
Saat dia terbaring, muzik masih belum berhenti dan penyanyi itu meneruskan nyanyiannya sementara beberapa orang cuba memeriksa keadaan lelaki tersebut sebelum diusung oleh beberapa individu.
Menurut sumber, kejadian ini berlaku ini Madura, Indonesia pada Isnin lepas (24/6/2024) dan polis mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.
Mangsa dikatakan mempunyai penyakit jantung dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke utnuk dibawa ke hospital.
Sumber: Tatarmedia.id