in

Pakcik Shell Jelaskan Kenapa Masak Mi Dekat Stesen Minyak Bahaya, Walaupun Jauh Dari Pam!

Ft Pakcik Chell Jelas Masak Mi Dilarang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru tindakan sekumpulan anak muda masak memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dekat kawasan stesen petrol dikutuk oleh orang ramai.

Dengan tularnya video tersebut ada juga yang mengatakan bahawa ia satu perkara yang tidak perlu diambil berat kerana mereka masak jauh dengan pam petrol.


Artikel berkaitan : “Healing apa?” – Netizen Bengang Tengok Beberapa Individu Masak Di Stesen Minyak Genting Highland

Artikel berkaitan : Isteri Tak Masak Ajak Makan Roti Canai, Suami Mengamuk Lempar Mi Kuning Ke Dinding

Ia telah membuatkan @pakcikshell ini rasa terpanggil untuk menjelaskan secara terperinci kenapa tindakan memasak itu patut dilarang.

Ini kerana wap daripada minyak petrol itu boleh merebak jauh sejauh 10 meter daripada punca pam, tempat turun minyak dan vent pipe. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Pakcik Shell juga menunjukkan contoh jarak 10 meter daripada kedua-dua punca itu. Hurm, pada perhatian korang dalam video yang tular tu, ada tak jaraknya cecah 10 meter?

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.