in

Pakcik OKU Rupanya Pelajar Cemerlang & Aktif Sukan, Mula Berubah Ketika Masuk Universiti

pakcik oku dipukul pelajar cemerlang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian menimpa seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental dipukul beberapa individu di kawasan pasar malam nyata mengundang simpati orang ramai.

Ahmad Nor Al Faizan, 47, menjadi mangsa pukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai jualan sehingga menyebabkan makanan terjatuh dan tumpah.


Pakcik OKU rupanya seorang pelajar cemerlang

Sejak isu tersebut tular, ramai yang ingin mengetahui perihal dan latar belakang bapa kepada lima cahaya mata itu.

Artikel berkaitan: “Tiada yang datang mohon maaf” – Keluarga Lelaki OKU Dip*kul Akan Tetap Teruskan Saman

Artikel berkaitan: “OKU itu kawan saya…” – Lelaki Kongsi Peribadi Lelaki OKU, Dedah Dia Seorang Yang Rajin Bekerja, Kuat Berusaha

Menerusi sumber Majoriti, Ahmad Nor Al Faizan dahulu merupakan pelajar cemerlang daerah Kemaman dan pernah pernah mewakili Terengganu dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) untuk sukan hoki.

Menurut adiknya iaitu Ahmad Syahmi, abangnya mula aktif dalam sukan hoki sejak di bangku sekolah rendah dan telah mewakili sekolah menengah di peringkat daerah serta negeri.

Screenshot 2025 01 21 105856

“Dia ada cita-cita untuk main kebangsaan tapi tidak kesampaian. Lagi pun dia dah berhenti main hoki semasa di matrikulasi dan ketika melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM), abang sudah tidak aktif bermain hoki,” katanya.

Namun, nasib Ahmad Nor Al Faizan berubah ketika menuntut di UPM, Serdang, Selangor apabila dia terpaksa berhenti lebih awal susulan didiagnosis masalah mental akibat tekanan belajar.

Jelas Ahmad Syahmi, perkara terbabit sememangnya mengejutkan dia dan keluarga kerana tidak menyangka penuntut kursus Sains Sukan UPM itu boleh menghidap penyakit sebegitu rupa.

“Dia tidak habis belajar. Di UPM itu pun sekejap sahaja. Kira-kira satu semester ataupun dua semester seingat saya. Lepas jadi begitu, dia pun tidak sambung belajar kerana kesihatan mental dia on off.

“Mungkin faktor tekanan belajar ke macam mana kami tak tahulah tu. Mula-mula UPM tidak bagi berhenti dan extend tiga bulan sebelum tukar dari UPM Serdang ke UPM Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu).

“Apabila pindah ke sana pun sama juga. Dia beritahu tidak boleh nak sambung belajar. Semasa sudah berkahwin pun on off keadaannya,” kongsinya.

Screenshot 2025 01 21 105843

Difahamkan, Ahmad Nor Al Faizan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sementara itu, setakat ini seramai empat individu berusia dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.