Selaras dengan penularan varian Omicron di kebanyakan negara, ramai pakar kesihatan menasihatkan orang ramai supaya menggunakan pelitup muka gred perubatan yang ada di pasaran dan tidak menggunakan pelitup muka jenis kain.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada awal bulan lalu turut menyarankan pelitup muka diguna semula di beberapa buah negara yang sebelum ini telah tidak lagi mengenakan ‘undang-undang’ penggunaan pelitup muka.
Walaupun dalam laporan tersebut, tidak dinyatakan jenis yang terbaik bagi mengelakkan terkena jangkitan Covid-19 terutamanya varian Omicron ini, namun pakar perubatan rata-rata menentang penggunaan pelitup muka yang diperbuat dari kain.
Menurut kajian yang dijalankan, pelitup muka jenis kain ini hanya menapis 37% partikel berbahaya berbanding pelitup muka 3 lapisan atau sering dirujuk sebagai pelitup muka gred perubatan atau jenis N95.
“Kita sekurang-kurangnya kenakan pelitup muka gred perubatan 3 lapisan” – Pakar Perubatan
Menurut Dr.Leana Wan dalam satu temubual bersama CNN berkata, pelitup muka jenis kain sahaja tidak memadai untuk menapis segara zarah berbahaya. Sekiranya ingin menggunakannya, perlu dikenakan juga pelitup muka gred perubatan.
Dalam erti kata lain, penggunaan ‘double-mask’ seperti saranan KKM adalah tepat!
Menerusi satu kajian berasingan oleh pengkaji di Universiti Colorado, penggunaan pelitup muka gred perubatan dapat menapis antara 42% hingga 83% partikel berbahaya manakala kebolehan pelitup muka kain untuk menapis zarah berbahaya ini hanya 16% hingga 23%.
Dalam kajian yang sama, turut mendapati pelitup muka jenis N95 yang dikelaskan sebagai ‘alat penafasan’ berjaya menapis sehingga 95% zarah yang berada di udara. Menurut pakar penyakit berjangkit, mereka yang tidak dapat mencari pelitup muka N95 ini boleh juga menggunakan pelitup muka KN95.
Apa yang membezakan dua ini adalah satu diiktiraf oleh Amerika Syarikat (N95) manakala KF95 diiktiraf atau mendapat sijil kelulusan penggunaan dari China.
Selain itu, sekiranya kedua-dua jenis ini tidak boleh dijumpai atau harganya agak ‘keras’ dipasaran, pakar menyarankan agar orang ramai mengenakan pelitup muka yang diperbuat dari bahan polypropylene – bahan plastik bukan tenunan yang boleh menarik, memintas dan mengeluarkan zarah asing.
Baca : “Itu style je lebih” – Pengguna Twitter Kongsi Cara Semak Pelitup Muka Palsu