Kita sendiri dapat lihat, semakin hari kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ni, kes di Malaysia pun hari mencatat kes sebanyak satu ke dua angka sahaja setiap hari.
Bukan dekat Malaysia je tau, negara-negara lain pun kes jangkitan dah semakin berkurang. Sebagai contoh, dulu Itali pernah direkodkan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini, sekarang mereka hanya mencatatkan lebih dari 238,000 kes positif dan 34,000 kes kematian.
Ekoran ini, seorang Profesor pakar penyakit berjangkit di Itali mendakwa wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu tunggu vaksin.
Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya ganas ini dah semakin lemah.
Ia seperti harimau agresif pada Mac dan April tetapi sekarang ia macam kucing liar sahaja”
Katanya, walaupun virus ini telah mengorbankan lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia, vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh mati dengan sendiri.
Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana dia dapat tengok sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh survive tanpa bantuan alat pernafasan.
Dia juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus.
Pun begitu, korang jangan seronok sangat tau, sebab saintis lain telah membidas dakwaan Matteo ini kerana tak ada bukti saintifik yang menunjukan perubahan pada virus tersebut.
Baca: Tunggu Vaksin Covid-19 Berhasil Ditemui Baru Semua Akan Kembali Normal – Saintis