Untuk pengetahuan semua, Baju Melayu Tradisional ini sebenarnya mempunyai simbolik tersendiri tau, itu sebablah ada segelintir individu mengutuk habis-habisan rekaan ubah suai baju melayu moden.
Setiap perincian yang ada pada baju melayu ini mengandungi elemen-elemen islam, lima butang , tiga poket itu ada maksudnya tersendiri. Ia sudah termaktub sejak tujuh abad yang lalu, ketahui maksudnya yang dikongsikan oleh pemuda ini.
Butang baju melayu ada 5 sebab melambangkan rukun Islam. Poket ada 3 melambangkan….”
Butang baju melayu ada 5 sebab melambangkan rukun Islam.
Poket ada 3 melambangkan 3 tuntutan yang perlu dipenuhi iaitu Islam, Iman dan Ihsan.So 'baju melayu' slim fit ni tak lengkap jadi ia bukan baju melayu. https://t.co/4hYjaRZMzo
— 阿立夫 (@NotAriff) February 26, 2019
Itu sebablah ada sesetengah individu yang mengecam bahawa baju melayu moden yang diubah suai ini tidak membunyai nilai-nilai simbolik melayu islam.
Bahkan ia sepatutnya harus di hormati. Jika ingin membuat ubah suai, haruslah dikaji selidik dahulu.
“As a designer, memang la ada rasa nak revamp design lama, give it a twist, to modernize, tapi kena buat dengan ilmu, bukan main hentam kromo je.
A traditional wear is full of symbolism, it has to be respected, the basic design and symbolism has been around for hundreds of years, WHO ARE YOU TO MESS AROUND WITH IT.”
Tapi, untuk penggunaan sampin pasti ada yang dah tahu maksud cara pemakaiannya, sebab kenapa dipakai labuh bawah lutut dan singkat di atas lutut.
Malah, bukan sahaja butang cekak musang, butang baju teluk belanga pun membawa maksudnya sendiri.
Butang baju melayu teluk belanga melambangkan tawhid atau tuhan yang satu
https://twitter.com/GambarKlasik/status/801108242965241856
Bagaimanapun secara rangkumannya, video dokumentari yang dikongsikan oleh Gambar Klasik ini menjelaskan bahawa penghasilan baju melayu adalah gabungan budaya melayu dan agama islam.
Memang tak hairanlah jika baju melayu moden ini mendapat tentangan orang ramai kerana tidak memartabatkan budaya kita, hanya sekadar fesyen.
Dah lah baju ketat butang pun 4. Bila nak modenkan baju melayu tu kekalkan identiti melayu dan islam – Netizen
“Poket pun tak ada. Rugi baju ketat tak boleh makan banyak.”
Selain dilabel sebagai tiada identiti, bagi netizen ia juga hanya sekadar menyusahkan orang yang memakainya. Lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadat.
Bila kita lihat penilaian netizen ini, baru lah nampak signifikasi baju melayu tradisional ini dengan nilai-nilai agama islam biarpun tidaklah terlalu mendalam.
Itu sebablah mereka buat labuh dan longgar, tapi bagi admin kalau nak pakai baju moden slim fit pun tak salah asalkan cukup perincian seperti baju tradisional dan paling penting sekali selasa dipakai.
Ala pakai baju melayu tradisional buat #ootd pun lawa kan?