in

Pakaian Sukan Tak Patuh Syariah, Terengganu Larang Atlet Beragama Islam Sertai Gimnastik

1Gim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan negeri Terengganu telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan atlet beragama Islam mengenakan pakaian tidak patuh syariah pada kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Memetik laporan dari Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri itu tidak membabitkan atlet bukan Islam.


Artikel berkaitan: Pemakaian Hijab Untuk Atlet Ketika Sukan Olimpik Paris 2024 Dibenarkan

Artikel berkaitan: Penonton Badminton Bersorak Lepas Tengok Kehadiran Dato’ Lee Chong Wei Di Sukan Asia

Screenshot 2023 10 06 At 11.02.04 Pm

Berkata kepada sumber, HIshamuddin menegaskan, garis panduan itu hanya terpakai untuk atlet gimnastik dan gimrama negeri Terengganu yang beragama Islam.

“Jika ada dalam kalangan atlet gimnastik dan gimrama Wanita bukan beragama Islam yang mampu bersaing di SUKMA 2024, persatuan terbabit boleh memohon untuk menghantar peserta”

Tambah Hishamuddin lagi, pihaknya mahu memastikan atlet yang bakal mewakili Terengganu yang berbakat akan diberi keutamaan bagi menghadiahkan pingat untuk negeri.

SUKMA 2024 akan diadakan di Sarawak dan dijadualkan pada 17 hingga 20 Ogos 2024.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.