in

“Pakaian rasmi baharu” – Kontinjen Malaysia Dapat ‘Belang’ Baru Untuk Olimpik Paris 2024

Syaz Ft 2024 07 02T123855.713

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas adanya kecaman teruk daripada netizen berkenaan pakaian rasmi kontinjen kebangsaan bagi sukan Olimpik Paris 2024, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melancarkan pakaian rasmi baharu buat atlet-atlet kebangsaan.

Menerusi kenyataan rasmi MOM, reka corak baharu yang dipilih adalah berlatarbelakangkan warna hitam, dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di sebelah hadapan dan di belakang jaket.


Artikel berkaitan: Teruk Dikecam, MOM Bakal Lancarkan Seragam Baru Untuk Olimpik Paris?

Artikel berkaitan: “Cantik-cantik baju dorang” – Himpunan Koleksi Pakaian Rasmi Olimpik Paris 2024

Dalam pada itu, logo MOM dengan kibaran Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna Jalur Gemilang diiringi lima Gegelung Olimpik, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.

Feature Image Set Kenyataanmedia 2Julai

“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.

Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara mengaum di kota Paris nanti,” tulis kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut, pakaian rasmi itu diperagakan oleh atlet regu lelaki badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Pihak MOM dalam kenyataan itu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Yonex Sunrise Malaysia yang sudah 10 tahun menjadi penaja pakaian rasmi Kontinjen Malaysia, atas kesediaan mereka membenarkan penghasilan pakaian rasmi baharu menggunakan fabrik dan reka corak berbeza.

Sebagai info, seramai 25 orang atlet akan bersaing dalam temasya sukan pelbagai acara itu di Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos nanti.

#TeamMalaysia

Sumber: Majlis Olimpik Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.