in

Pakai Nissan GT-R, Lelaki Dedah Bekerja Sebagai Pemandu Grab & Lalamove Buat Netizen Tergamam

Kerja Grab Pakai Nissan Gt R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti tahu mengenai trend video dengan judul What you do for living? yang dipopularkan oleh content creator luar negara.

Baru-baru ini seorang TikToker dari Singapura, @koocester yang turut melakukan trend berkenaan telah bertanya kepada pemilik model kereta Nissan GT-R.


Apa yang menjadi perhatian orang ramai mengenai video itu apabila tidak menyangka dengan jawapan yang diberikan oleh pemandu kereta tersebut.

@koocester

As a former pandarider, it is possible! Respect the hustle!

♬ original sound – Koocester – KOOCESTER

Menerusi video terbabit, pemilik kereta itu memaklumkan dia sekadar bekerja sebagai pemandu perkhidmatan penghantaran di platform Grab dan Lalamove.

Terkejut dengan jawapan kerjaya yang diberikan, TikToker bertanya sekali lagi bagaimana lelaki itu mampu membeli model kereta ini. Dia hanya menjawab perlu kerap menyimpan.

Apabila diminta untuk memberi nasihat kewangan kepada anak muda, lelaki itu memberi pesanan supaya anak muda rajin membuat simpanan, elakkan boros, berbelanja secara hemat dan juga berkongsi rezeki bersama ibu bapa.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai, rata-ratanya tergamam dan tidak percaya bekerja sebagai pemandu Grab dan Lalamove mampu untuk memiliki sebuah Nissan GT-R.

Ada juga mempertikaikan bahawa lelaki itu mungkin pengasas atau pemilik saham Lalamove. Dalam pada itu, ada yang memaklumkan sudah lama bekerja sebagai pemandu Grab namun masih tidak mampu memiliki kereta mewah sebegitu.

Screenshot 2023 03 07 160834

Apa yang penting, pesanan lelaki itu memang berguna untuk anak muda zaman sekarang.

Baca: Pemandu Dikecam Selamba Pergi Hisap Rokok, Tinggal Kereta Hingga Sebabkan Kesesakan

Pemandu Tengah Laluan Klia 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.