in

“Pakai lengan panjang dalam masjid” – Sonny Bill Williams Dikecam Tak ‘Cover’ Tatu Ketika Bertarawih

Sonny Bill Williams

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Budaya kecam-mengecam ini bukanlah terjadi dalam kalangan netizen di Malaysia sahaja, influencer atau selebriti tidak terlepas dari menerima kecaman daripada keyboard warriors ini. Lebih-lebih lagi jika sesebuah topik itu berkenaan dengan isu sensitif seperti agama atau bangsa. Lagi laju dorang buat kerja!

Baru-baru ini, seorang lagenda ragbi New Zealand yang kini aktif dalam sukan tinju, Sonny Bill WIlliams dikecam hebat hanya kerana dia tidak menutup tatunya ketika memasuki masjid untuk solat sunat tarawih.


 

Sebagai info, Sonny memeluk Islam pada tahun 2009 dan beliau merupakan pemain pasukan All Blacks yang pertama beragama Islam.

“Tutuplah lengan tu” 

Gambar yang dimuat naik oleh Sonny dalam laman Twitternya itu mengundang kecaman netizen hanya kerana dia tidak menutup tatu yang ada di lengannya itu. Malah, ada juga yang mempersoalkan mengapa isterinya di ruangan solat yang sama.

Sbw

“Buat research dulu”

Menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertatu hukumnya haram dan perlu dihilangkan atau dibuang tetapi sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan.

Malah, bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.

Dalam tweet yang dimuat naik Sonny itu ada juga beberapa orang netizen yang menyatakan fakta tersebut.

Sbw2

Bulan puasa ni janganlah gaduh-gaduh, ok?

Baca: [VIDEO] Pertama Kali Dalam Sejarah, Solat Tarawih Besar-besaran Dibuat Di Times Square, New York

Anak Sulung Johan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.