Siapa lah tak sakit hati kalau ternampak barang ‘kantoi’ kena curi depan-depan kan? Macam tu lah Nizam rasa bila helmet dia yang kena curi ternampak dekat satu kawasan di Shah Alam di atas motor orang lain.
Difahamkan, yang tukang curi tu student Shah Alam juga, nak ambil balik tak dapat sebab helmet tu dah kena cangkuk dari dalam seat, tak pasal-pasal dapat surat cinta.
Kasi tweet biar sampai ke owner motor. member kena curi helmet depan mata.
Apa yang membuatkan Nizam ni bengang, helmet yang dicuri tu hanyalah helmet murah tetapi si tukang ‘rembat’ tu pakai motor mahal.
Malah apa yang membuatkan Nizam bertambah bengang lagi adalah si pencuri tu duduk di tempat mewah.
Nah, baca surat cinta dia, marah sangat ni.
Bagaimanapun, Nizam ada menerima kecaman netizen kerana tidak bersemuka dengan pencuri tersebut, dia juga dilabel sebagai attention seeker kerana memilih langkah untuk viralkan daripada berbincang.
Ramai yang kata ‘kerjakan’ pencuri tu lagi bagus daripada viralkan di media sosial. Tapi, ada juga segelintir warganet yang faham dengan situasinya.
Zaman sekarang ni tak main kudrat nak pukul orang. Bagi malu jee – Netizen
kadang-kadang ada sebab kenapa Nizam buat perkara demikian, mungkin baginya cukup sekadar ‘ajar’ dengan cara halus dan tak perlu nak berbalah fizikal semata-mata satu barang.
Buat sakit hati, sakit badan je. Ye dak?
Baca : [Video] “Patutlah ‘barang’ dia besar” – Remaja Perempuan Kantoi Curi Selipar Letak Dalam Bra