in

Pak Nil Sebak Dengar Luahan ‘Rider’, Dibuang Kerja Sebab Cuti Lama Jaga Isteri Sakit

Pak Nil 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ini pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) pernah membantu seorang pemilik kenderaan yang berhadapan dengan masalah double parking, kali ini Pak Nil berjumpa pula dengan seorang rider penghantar makanan di luar sebuah restoran.

Pak Nil tengok macam tengah tunggu customer..

Pada mulanya, Pak Nil menyangka individu itu sudah lama menunggu pelanggan jadi, dia terus menegur untuk bertanya mengenai hal itu. Rupanya, rider tersebut hanya berehat sebentar lalu diajak oleh Pak Nil untuk makan bersama-sama. Sementara menunggu makanan, Pak Nil ada berborak dengan rider tersebut.


Pak Nil 7
Sumber: tiktok

Artikel berkaitan: “Terus blah, tak minta maaf” -Pak Nil Bengang Individu ‘Double Park’ Berjam-jam Sampai Kereta Lain Susah Nak Keluar

Artikel berkaitan: Jadi ‘Rider’ Tiap Hujung Minggu Sebab Nak Bantu Keluarga, Luahan Pelajar Ini Bikin Sebak

Umur 21 tahun.. dah lama bawa motor jadi rider. Dulu separuh masa sekarang dah jadi sepenuh masa. Tengok order jugalah, kadang paling banyak pun RM90.

Mula 10 pagi, 5 petang balik dah sebab nak ambil isteri kerja. Anak seorang umur 7 bulan.. sekarang saya bagi mak jaga, hujung bulan ni baru hantar ke pengasuh.

Dia turut meluahkan kesukarannya ketika bekerja menjadi rider kerana perlu berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu seperti waktu hujan lebat serta ragam pelanggan yang tidak faham jika makanan terlambat sampai.

@datukaznilnawawi

Bersabar lah dik… Kadang2 hidup ini keras tapi Allah dengar doa kita…

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Kena buang kerja sebab cuti lama

Sebelum ini dia pernah bekerja di sebuah kilang namun terpaksa mengambil cuti yang agak lama untuk menjaga isteri yang sakit hingga menyebabkan dia dibuang kerja. Lebih pilu, dia sendiri juga menghidap jangkitan kuman pada jantung dan perlu mendapatkan rawatan secara berkala.

Saya jaga isteri saya sakit.. dia ada masalah emosi sikitSaya jaga dia lama juga dan sekarang dia dah sihat, dia pula kerja. Jadi, dia pula tolong saya. Tapi, nak harapkan dia saja memang tak boleh.

Saya ada jangkitan kuman dekat jantung.. sebelum ini check up di Hospital Serdang, bulan 9 ni ada lagi check up.

Makin sebak mendengar luahan itu, Pak Nil ingin tahu bagaimana rider tersebut kuat menghadapi ujian hidupnya. Jawab rider itu, dia hanya reda dan berserah kepada Allah. Beberapa kali juga rider itu termenung, mungkin teringat isteri dan anaknya. Pak Nil bagaimanapun ada memberikan sejumlah wang belanja untuk rider tersebut.

Pak Nil 6
Sumber: tiktok

 

Bersabarlah dik.. kadang-kadang hidup ni keras tapi Allah dengar doa kita.

Rata-rata netizen di ruangan komen sebak mendengar luahan rider itu dan berterima kasih kepada Pak Nil kerana membantunya.

Pak Nil 1

Pak Nil 2

Besar ujian dia… thank you Pak Nil sebab tolong!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.