Bagi korang yang ternanti-nanti kepulangan Jamal Yunos, pemimpin UMNO Sungai Besar, hari inilah hari keramatnya! Menurut MMO, pemimpin UMNO dalam pelarian ni sudah tiba di Malaysia pada petang tadi sekitar jam 2.49 petang.
Dia yang telah diekstradisi dari Indonesia setelah sebulan hilang dari Malaysia ni tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH710.
Walau bagaimanapun, ada timbul sedikit kekecohan di kalangan media kat balai ketibaan, bila Jamal tidak keluar dari terminal ketibaan tu, tapi diiring pegawai polis melalui jalan bawah lapangan terbang ke kenderaan polis yang sudah menunggunya selepas berlepas dari Jakarta. Fuh licik jugak dalam mengelak wartawan!
Peguam Jamal, Datuk Mohd Imran Tamrin yang menunggu di balai ketibaan jugak tak dapat menyambut anak guamnya di sana.
Difahamkan Jamal yang baru pulang dari Jakarta ni akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang Jaya di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis petang nanti.
Dia juga sebelum ni telah didakwa di bawah tiga pertuduhan yang mana salah satunya berkaitan tindakan Jamal memecahkan botol arak di luar bangunan Sekretariat Kerajaan Selangor, Shah Alam tahun lepas.
Ini video Jamal tiba di Mahkamah Magistret Ampang Jaya untuk menghadapi pertuduhan ke atasnya.
Jamal Yunos dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk menghadapi pertuduhan ke atasnya pic.twitter.com/pWNPPZbbvR
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 5, 2018
Lega Jamal dah pulang ke Malaysia!
Baca: Polis Dah Jumpa Jamal!