in

“Pagi tadi dia mula sedar dan faham arahan yang diberikan” – Akhirnya Muhammad Adib Sedar!

adib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita penuh kesyukuran akhirnya tiba pada pagi Jumaat ini! Keadaan anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul dalam insiden rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman akhirnya menunjukkan kesan positif.

Menurut Harian Metro, Adib kini sudah mula sedar dan faham arahan yang diberikan kepadanya semasa awal pagi tadi. 


Muhammad Adib
Sumber: The Star

 

“Itu tanda positif yang menunjukkan otaknya berfungsi” 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Azhari Yakub, keadaan mangsa masih dikategorikan kritikal namun stabil.

“Pagi tadi dia mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.

“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya.

 

Buah pinggang rosak dan perlu rawatan dialisis 

Dr Azahari juga berkata, pemeriksaan tekanan darah menunjukkan ia masih rendah yang membawa maksud buah pinggang Adib sudah rosak dan kini dia memerlukan rawatan dialisis.

“Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.

“Kita harap masyarakat terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.

46959163 2287233434847462 2427082127729229824 n
Sumber: Facebook

Marilah kita sama-sama doakan semoga Muhammad Adib cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Amin.. 

Baca: “Tunang saya masih selamat. Tolonglah hentikan yang bukan-bukan” – Tunang Muhammad Adib

pelseu 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.