in

“Padu teruk YB Anthony Loke ni” – Selepas KLCC, Eskalator Di Beberapa Stesen MRT Dibaik Pulih

Ft Anthony Loke Stesen Mrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pemimpin, memberi kemudahan kepada rakyat bukan sahaja menyediakan infrastruktur, bahkan penyelenggaraan juga haruslah sentiasa terjaga. Sebagai rakyat pula, pasti ramai yang mengeluh apabila sampai ke mana-mana train station tengok eskalator asyik rosak.

Sudah pastinya ia akan menyukarkan urusan pengguna dan faktor keselamatan juga mungkin boleh terancam, bagaimanapun masalah ini dilihat mungkin akan sampai ke penghujungnya semenjak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menggalas tanggungjawab ini.


 

Status kerja-kerja baik pulih di MRT Laluan Kajang

Menerusi Twitter rasmi Rapid KL, pihaknya kini sedang giat melakukan kerja-kerja baik pulih di beberapa stesen MRT laluan Kajang.

Antara kerja baik pulih yang dilakukan termasuklah di eskalator di laluan pejalan kaki Muzium Negara ke KL Sentral. Difahamkan kerja-kerja pemasangan pemegang tangan untuk eskalator itu telah selesai pada 14 Disember lepas.

Dalam pada itu, di Stesen MRT Kajang kerja-kerja pemasangan Step Chain untuk eskalator nombor 5 sedang dilakukan dan ia dijangka siap pada hari esok (16 Disember 2022).

Sementara itu, Stesen MRT Kota Damansara kini juga sedang melakukan perkara yang sama untuk eskalator nombor 1 dan ia juga dijangka siap esok.

Dalam pada itu,  kerja-kerja pemasangan pemegang tangan dan Balustrade Bearings untuk eskalator nombor 4 di Stesen MRT Sri Raya juga telah siap pada 14 Disember lepas.

Malah, kerja-kerja baik pulih bumbung Lift Core di Stesen MRT Taman Connaught juga telah selesai pada 14 Disember 2022.

 

Padu teruk YB Anthony Loke ni – Netizen

Untuk rekod, sebelum ini pembaikan eskalator di stesen tren KLCC telah mendapat pujian ramai dan rata-rata memberikan penghargaan kepada Anthony Loke, atas kecekapannya dalam membantu pengguna awam.

Bahkan dengan kerja-kerja pembaikan stesen MRT ini juga turut dipuji oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, melihat perkongsian ini, ramai yang terkejut rupanya stesen-stesen pengangkutan awam ini ada banyak masalah.

Screenshot 2022 12 15 161722 Screenshot 2022 12 15 162055 Screenshot 2022 12 15 162114 Screenshot 2022 12 15 162152 Screenshot 2022 12 15 162300

Dalam pada itu, ada juga netizen bertanyakan masalah di stesen-stesen lain, pihak Rapid KL menegaskan bahawa kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ini akan dibuat secara berperingkat.

Baca : “Selepas 1000 tahun” – Eskalator KLCC Akhirnya Dibaiki, Netizen Puji Anthony Loke

Ft Klcc Escalator Dah Dibetulkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.