Minggu lepas, berakhirlah sudah rancangan The Masked Singer Malaysia 4, yang mana Stacy Anam telah diangkat menjadi juara program realiti tersebut.
Pun begitu, ramai di kalangan netizen kini sedang hangat memperkatakan mengenai ‘Teratai’ iaitu Nabila Razali yang dipuji mempunyai peningkatan dari segi kualiti nyanyian.
Artikel berkaitan: “Qeyau nak pi wedding” – Anak Rozita Che Wan Nangis Nak Pergi Wedding Nabila Razali, Last-last…
Artikel berkaitan: Nabila Razali Selamat Disatukan Dengan Lelaki Pilihan, Nik Iruwan
“Sedap sangat suara Teratai or NR ni yerrr”
Menerusi satu video yang tular di TikTok, ia memperlihatkan Nabila menyanyikan lagu ‘It’s All Coming Back to Me Now’ dari Celine Dion.
@anistaqwa Sedap sangat suara Teratai or NR ni yerr… paduuu terok lahhhh… #final #themaskedsinger #nabilarazali
Rata-rata memuji nyanyian Nabila sedap dan sangat lain dari lain sehingga ada yang tidak mengenali suara itu adalah milik Nabila Razali.
Dalam pada itu, Nabila menerusi temubual mStar berkata, sebelum ini dia menyanyi lagu genre sama tetapi kali ini dia dapat menari di atas pentas.
Peminat selalu ingat saya seorang ‘sweet girl’ jadi di sebalik maskot ini saya dapat terokai sisi lain Nabila Razali,” katanya.
Tambahnya lagi, penonton mulai membuka mata akan kemampuan vokalnya walaupun berselindung di sebalik kostum Teratai melalui program TMSM4 ini.
Untuk rekod, Nabila berjaya menduduki tempat kelima bagi pertandingan ini, manakala Stacy di tempat pertama diikuti dengan Namie (tempat kedua), Danial Zaini (tempat ketiga) dan Adinda (tempat keempat).
Cayalah Nabila Razali! Makin sedap nyanyian.