in

Padang Tandus Di Arab Saudi Bertukar Hijau, Ini Fakta Yang Perlu Korang Tahu

Arab Saudi Hijau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial mengenai gambar tular padang pasir di Arab Saudi yang dahulunya tandus kini bertukar hijau.

Imej menakjubkan itu dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU). Ramai netizen mengaitkan fenomena tersebut sebagai tanda kiamat, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW.


Betul ke petanda kiamat?

Merujuk media rasmi Tanah Suci Mekah, Haramain Sharifain menyatakan landskap dan kawasan lembah di kawasan terlibat bertukar menjadi hijau setelah ia menerima hujan berterusan sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh telah turun hujan, hujan batu dan salji pada kadar yang hampir berterusan untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.

Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan serta luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Mekah dan Madinah mula menghijau.

Boleh lihat dua imej di bawah yang mana imej pertama memaparkan keadaan sebahagian kawasan Mekah yang masih kontang (padang pasir & kering) tanpa sebarang tumbuhan hijau.

Macca 2 High Quality

Manakala imej kedua menunjukkan keadaan terkini di lokasi yang sama, kini sudah ditumbuhi dengan tumbuhan hijau.

Madina Monawarah West High Quality

Pun begitu, ia dijangka akan kembali seperti biasa (keadaan kering) selepas musim hujan reda.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Arab Saudi juga terpaksa menangguhkan beberapa pengajian pendidikan institusi ekoran situasi tidak dijangka iaitu banjir di kawasan bandar.

Baca: Salji Turun Di Arab Saudi & Gurun Sahara Cetus Fenomena ‘Rare’

Ft Salji Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.