in

“Padan muka, mulut kurang ajar kan!” – Pelajar Dirotan Lengan & Paha Tapi Netizen Salahkan Ibu Sebab…

Cikgu Diserang
Lobak Merah
Lobak Merah
"Padan muka, mulut kurang ajar kan!" - Pelajar Dirotan Lengan & Paha Tapi Netizen Salahkan Ibu Sebab...
Loading
/

Viral di media sosial sejak semalam sebuah video menunjukkan ibu kepada pelajar sekolah menengah menyerang seorang cikgu lelaki. Difahamkan, ibu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan cikgu tersebut merotan anaknya di bahagian lengan dan paha hingga meninggalkan kesan.

Menerusi video berdurasi kira-kira 2 minit tu, ibu itu mempersoal tindakan cikgu tersebut yang bertindak meroton anaknya selepas pelajar itu memanggil cikgu itu dengan gelaran ‘ah kua’ atau pondan.

“Dia dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak hentam dia macam ni? Jangan ingat kamu cikgu besar…kamu rotan macam ni. Kamu ni cikgu, tak boleh buat macam ni tau. Kamu memang salah.”

Pukul1

Pukul3
sumber: facebook

Dalam video tu boleh tunjuk pelajar itu hanya berdiri di tepi sambil ibunya menunjukkan kesan birat di lengan dan menyelak kain baju sekolah untuk tunjuk kesan di paha pula.

“Dia hanya cakap sama kamu saja…cakap saja. Dia ada pukul kamu tak? Kalau dia ada pukul kamu…kamu pukul dia tak apa. Jangan macam ni.”

Pukul2
sumber: facebook

Tapi, cikgu tu pula berkata pelajar terbabit bukan minta maaf sebelum dirotan sebaliknya selepas kejadian dan itupun kerana disarankan oleh rakan. Dia juga berkata, memanggil seorang guru dengan panggilan pondan secara bersemuka sangat tidak wajar.

Masa saya pukul tu kenapa dia tak minta maaf terus? Dah lepas kawan dia cakap baru dia cakap maaf pada saya.”

Tonton video di bawah:

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas menonton video tersebut. Ada yang berpendapat cikgu tu tak sepatutnya rotan sampai macam tu. Tapi ada juga yang menyalahkan ibu pelajar itu kerana tidak pandai mendidik anak dan memang pelajar itu patut dirotan dek kerana mulutnya yang biadap.

Komen Netizen 4
sumber: facebook

Apa apa pun, admin harap kes ni diselesaikan dengan cara baik…

Baca: “Biar bodoh jangan biadap” – Netizen Meluat Tengok Pelajar Ini ‘Troll’ Cikgu Bila Tak Dapat Jawab Math