Mesti korang pernah cari barang tapi tetap jugak tak jumpa walaupun dah cari bagai nak rak. Yang peliknya, bila mak kita yang cari, sekelip mata je dah jumpa walaupun kita dah cari barang tu dekat tempat yang sama.
Wanita di Thailand ini pula telah menjadi perhatian netizen TikTok baru-baru ini dengan gelagatnya yang confused dan tercari-cari lesung kayunya. Menurut The Smart Local Thailand, video wanita itu telah dimuat naik oleh suaminya di akaun TikTok 2526anuson.
@2526anuson ตอบกลับ @user96522845318 ??????
♬ เสียงต้นฉบับ – นักล่า ฝัน@..2526_NU – 001 ย่างเนย หม่าล่า ชิ่ง
Pasangan suami isteri itu dikatakan sedang berkelah dan dapat dilihat dalam video yang tular, si isteri mahu membuat somtam atau salad betik iaitu salah satu makanan popular di Thailand.
Namun, dia yang sedang memegang pinggan berisi isi betik dan alu tercari-cari di mana lesung kayu untuk menggaul bahan-bahan salad tersebut.
Dalam masa yang sama, sebelah lagi tangannya pula sedang mencari-cari lesung tersebut dalam bakul di sebelahnya. Juruvideo pula suruh wanita tu cari betul-betul sebab dia dah nampak bahawa lesung tu agak terlindung sebab ia berada di bawah pinggan.
Lepas tu, baru lah wanita tu perasan bahawa alat tu sebenarnya ada depan matanya je. Terhibur betul tengok dia gelak besar lepas dah jumpa lesung tu kan.
Kemain cari rupanya depan mata je. Pernah tak korang alami kejadian macam wanita ni jugak? Kalau pernah, cuba share sikit kat komen.
Sumber: The Smart Local Thailand, TikTok @2526anuson
Baca: [VIDEO] Lelaki Hampa Beli Lemang Keras Macam Batu, Siap Boleh Tumbuk Cili