in

Padah Hina Islam Berkenaan Isu Stoking, Rumah Lelaki Mualaf Diserbu Sebelum Diangkut Polis

hina islam isu stoking

Padah memuat naik komen yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di Facebook, seorang lelaki di Sabah telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Lelaki yang dikenali sebagai Ricky Shane Ca itu telah menulis satu hantaran komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah pada Sabtu lalu.

Dia memuat naik komen berkenaan selepas mengulas mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah SWT di beberapa kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

IMG 4141

Artikel berkaitan: Tular Isu Stokin Ada Cetakan Kalimah Allah, Pihak KK Super Mart Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar

Merasakan kenyataanya telah menimbulkan kemarahan orang ramai, Ricky Shane kemudiannya tampil membuat permohonan maaf pada Ahad.

Dia juga mengaku sebagai seorang mualaf yang baru dua tahun memeluk Islam dan masih perlu belajar banyak perkara berkaitan agama itu.

Screenshot 2024 03 18 103503

Orang ramai serbu rumah Ricky Shane

Namun, tindakan Ricky Shane yang memuat naik komen penghinaan terhadap agama Islam tidak dapat meredakan kemarahan orang ramai.

Orang ramai telah mengambil tindakan sendiri dengang menyerbu dan mengepung di bawah kediamannya selama hampir enam jam sebelum Ricky Shane dibawa ke balai polis berdekatan, semalam.

Dalam video tular itu, kedengaran suara orang bercakap mengatakan bahawa dia tidak dapat menerima perbuatan lelaki itu walaupun individu terbabit meminta maaf.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, lelaki itu sudah dipanggil ke balai polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Sumber: Buletin TV3, Facebook