in

Padah Ambil ‘Selfie’, Lelaki Jatuh Masuk Dalam Kawah Gunung Berapi

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua sedia tahu bahawa mengambil ‘selfie’ telah menjadi sinonim atau kebiasaan oleh masyarakat zaman ini. Tapi korang pernah dengar tak yang mengambil ‘selfie’ ini juga boleh jadi satu malapetaka kepada kita?

Kejadian berlaku di satu kawasan Pergunungan Vesuvius di Itali yang dimana seorang lelaki telah terjatuh ke dalam gunung berapi ketika dia tengah cari angle untuk ‘berselfie’.


Philip Carroll Vesuvius 1 1

Menurut New York Post, kisahnya bermula dimana pelancong lelaki yang berasal dari Baltimore ini telah mendaki di kawasan yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa diikuti tiga orang ahli keluarganya.

Mereka dikatakan tengah cari angle terbaik untuk mengambil ‘selfie’ tetapi malang tidak berbau, telefon salah seorang daripada mereka telah terjatuh ke dalam gunung berapi.

Salah seorang daripada mereka telah berusaha untuk mencapai telefon tersebut dengan berhati-hati namun gagal sebelum terjerumus ke dalam gunung berapi. Seram wehh!

Menurut laporan, lelaki tersebut bernasib baik sebab hanya cedera ringan di bahagian tangan, lengan dan belakang badan. Difahamkan, lelaki itu juga menolak untuk dibawa ke hospital memandangkan cederanya tidak kritikal.

Padah menceroboh, pihak berkuasa nak kenakan denda!

Volcano Warning Signs 3B

Pihak berkuasa juga dilaporkan akan mengambil tindakan kepada mereka kerana tindakan mereka melanggar larangan masuk, yang jelas terpampang di lokasi tersebut. Kan tak pasal-pasal kena denda!

“Kami akan berbincang sama ada mengenakan tindakan selanjutnya atau tidak, ini semua di bawah budi bicara pihak kami dalam menyelesaikan kes ini.” – Polis Itali

Senang cerita, semua perkara akan menjadi bahaya sekiranya kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu walaupun sekecil-kecil kejadian. Jadi, min harap korang sentiasa cermat dalam melangkah kehidupan seharian korang ye!

Cop! Untuk pengetahuan korang, kali terakhir Gunung Berapi Vesuvius meletus pada tahun 1944. Kini, ia masih aktif tapi dalam keadaan yang ‘berehat’ berdasarkan laman web Taman Negara Vesuvius.

Baca: Gunung Berapi Bawah Laut Meletus Di Tonga, 8 Negara Keluarkan Amaran Tsunami

Screenshot 2022 07 14 At 10.05.45 Am

 

Sumber: NY Post
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.