in

“Our Superman!” – ‘Mat Salleh’ Terkandas Di Tawau Sebab Kad Rosak Terharu Dibantu Penduduk Tempatan

TAWAU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara Malaysia telah membuka sepenuhnya sempadan negara untuk semua urusan termasuklah dalam sektor pelancongan. Melalui pembukaan ini juga, ramai pelancong dari luar negara mengambil kesempatan untuk melihat semula keindahan di negara ini.

Namun, dalam melancong tentu sahaja akan berlaku detik-detik cemas yang mengundang kita untuk kekal tabah dalam menyelesaikan masalah. Ye la kan kita di negara orang macam-macam boleh jadi.


‘Mat salleh’ hadapi detik cemas

Perkara ini telah berlaku terhadap sepasang pelancong ‘mat salleh’ yang datang ke Tawau menghadapi detik yang cemas apabila kad bank mereka tidak berfungsi dan mengalami kesukaran untuk membuat pengeluaran duit.

Video yang berdurasi 56 saat tersebut telah dikongsi di laman TikTok yang menampilkan pelancong perempuan yang berkongsi pengalamannya di Tawau.

@victoria_sserg

The world needs to know people like that! Stay human in any situation! #sabah #malaysia #travelblogger #malaysiatiktok #storytime #travelling

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Semasa kejadian berlaku, mereka mendapati kad banknya telah mengalami masalah kerana hampir kesemua mesin ATM di sana telah reject  transaksi untuk pengeluaran wang justeru mendatangkan detik cemas semasa situasi tersebut berlaku.

“Semua ATM reject kad kami dan kami tiada wang untuk tempah teksi, makanan dan pengangkutan bas awam sekalipun.”

Mereka juga telah mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk pergi bank ke bank dengan berharap urusan pengeluaran wangnya dapat diselesaikan dengan baik.

Mujur ada insan yang nak membantu!

Detik cemas itu berakhir apabila akhirnya ada seorang insan yang ingin membantu mereka dengan membawa mereka pergi kesemua bank yang berada di Tawau sehinggalah berjaya mengeluarkan sedikit duit untuk digunakan sepanjang perjalanannya.

“This is our brother, our superman!”

Dah tolong bawa, siap belanja makan!

Lelaki tersebut bukan sahaja membantu mereka mencari bank, malah siap belanja makan lagi untuk mereka alas perut sebelum dihantar ke terminal bas! Baiknya rakyat Malaysia!

Situasi tersebut telah memberi kejutan kepada pelancong tersebut kerana mereka tidak sangka masyarakat di Tawau sangat prihatin dan betapa keterbukaannya rakyat Malaysia dalam menerima pelancong yang datang ke wilayah tersebut.

“We’re truly Malaysians.”

Netizen juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada lelaki yang membantu pelancong ini kerana telah menunjukkan keprihatinan yang terus memberi imej baik kepada Malaysia.

Screenshot 2022 07 27 at 11.18.41 AM

Screenshot 2022 07 27 at 11.19.08 AM

Screenshot 2022 07 27 at 11.19.31 AM

Kita dilahirkan untuk sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain. Tolong atas dasar kemanusiaan dan ikhlas mampu memberikan impak keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Apa-apapun, min bangga jadi rakyat Malaysia! 

Baca: “Jangan mengada” – [VIDEO] Adibah Noor Meluat Dengar DJ Radio Bahasa Inggeris Sebut ‘Ringgit’ Macam Mat Salleh

Screenshot 2022 07 27 at 11.26.44 AM

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.