in

“Orang yang curang, susah nak mengaku salah” – Dr Fadzilah Kamsah

Curang Fadzilah Kamsah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini, banyak kes curang dalam rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam sekeliling kita.


Melihat situasi yang kecoh di media sosial baru-baru ini, pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan mereka yang berlaku curang amat sukar untuk mengaku salah.

Screenshot 20230109 010244

Menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram miliknya, beliau berkata pelaku akan seboleh-bolehnya cuba meletakkan kesalahan pada orang lain bagi mengelakkan dirinya.

“Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah. Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.

“Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara. Ada ke patut?” tulisnya.

Sepanjang pengalaman beliau mengendalikan kes, individu yang curang dengan pasangan memilih bertindak sedemikian tanpa perlu paksaan.

“Banyak kes yang Tok Abah kendalikan,orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect.

“Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berpesan mereka yang dicurangi tidak perlu berasa ‘down’ atau tidak berguna kerana itu adalah salah pasangan yang memilih untuk berlaku curang.

“Memilih untuk menyembunyikan, memilih untuk buka hati pada pihak ketiga, memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga. Semua itu pilihan.

“Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumah tangga yang dibina.”

Pesannya, mereka yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah tidak dapat redha Allah.

Baca: Artis Buat Perangai Lama, Curang Disaat Isteri Sibuk Bertanding Rancangan Realiti?

Ft Suami Curang Balik Dengan Ister

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.