in

“Orang tu tak perlukan kita, buat apa nak tehegeh-hegeh, move on” – Nabila Huda

ft nabila huda respon isu tak kena nad zainal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Perang dingin’ yang melibatkan barisan pelakon terkenal antara Nad Zainal dan Nabila Huda dilihat masih lagi hangat, dapat dilihat sejak kebelakangan ini masing-masing memberikan kenyataan pedas sewaktu ditemubual oleh wartawan.

Terbaru ini, Nabil Huda atau lebih dikenali sebagai Abil ada tampil memberikan respon sinis berkenaan dengan isu tersebut susulan dengan komen sarkastiknya yang mengatakan dirinya tidak mengenali Nad Zainal.


Artikel Berkaitan : “Tak kenal siapa Nad Zainal” – Apa Kes? Rakan Artis Dikatakan Sedang ‘Dingin’ Dengan Nad Zainal?

 

Saya tak ada sahabat seperti itu.”

Menerusi temubualnya bersama Melodi semalam, Abil dengan sinisnya menegaskan bahawa dirinya tidak mengenali Nad Zainal dan tidak pernah dengar namanya.

Malah, mereka sebelum ini pernah berada dalam satu event yang sama namun dilihat tidak bersemuka dan perkara itu menjadi persoalan pihak wartawan sama ada akan berikan reaksi Abil ‘tak kenal’ itu seandainya diberikan kesempatan untuk bersua.

Waktu tersebut adalah waktu di mana wartawan ada menemubual Nad Zainal dan bertanyakan mengenai isu ini.

“Saya juga tetap tak kenal dia, saya tak kenal, saya ada di sana, sibuk ambil gambar dan saya cuma nampak awak (wartawan), nak cakap hello pun saya memang tak tahu kewujudan dia, saya ingatkan awak ada interview orang lain, saya tak tahu siapa, saya tak nak ambil tahu.”

Artikel Penuh : “Biar dia mengadu pada Allah” – Anak Sulung Mangsa Kemalangan Nahas 6 Beranak Ditawar Pergi Umrah

Ditanya berkenaan perkongsian Instagram pelakon Sharifah Sakinah mengenai kenyataannya terhadap Nad Zainal, Nabila Huda menjawab, bahawa ia adalah pandangan dan perasaan peribadi Sharifah Sakinah mengenai pelakon tersebut bagaimanapun Nabila Huda akui yang dia rasa kesian membaca kenyataan Sharifah Sakinah.

Nabila Huda kembali bersikap sinis apabila wartawan ‘buka cerita lama’ semasa mereka semua akrab dengan menegaskan bahawa dia tidak ingat mengenai peristiwa itu.

@melodiberapi

Pelakon Nabila Huda memberi kenyataan berbaur sinikal tentang hubungan persahabatannya dengan Nad Zainal yang dikatakan kini renggang disebabkan suatu alasan yang tidak dapat dipastikan… sama2 kita doakan yang terbaik untuk Abil dan kawan2.. #meloditv3 #nabilahuda #ceritaartismalaysia #tv3 #nadzainal #fypシ゚viral

♬ original sound – Melodi – Melodi tv3

“Kalau Abil sayang seseorang, setia sampai mati, susah untuk putuskan perhubungan, kalau lah menyakiti cara yang terbaik berjauhan sementara, tapi kalau fikir sayang tu, dia tetap juga akan kembali bersama, ada jenis manusia berbeza, kalau kita tak buat apa-apa masalah, tapi kita ditinggalkan, apa yang kita boleh buat adalah, memaafkan dan mendoakan, daripada jauh.”

Jelas Nabila yang dilihat seperti dah tawar hati, dia menjelaskan bahawa tidak perlu ambil tahu seandainya individu itu tidak mengambil peduli tentang diri orang lain.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.